Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Sabtu, November 15, 2008
Ronda naik motor
Hari Khamis lepas aku nak pergi marrket lagi nak beli ikan sebab kami plan nak masak hari Jumaat nanti (off day). So aku pun tumpang chef aku. Dia kata ok lepas Zohor. So aku pun lepas Zohor terus celapak naik motor dia pergi marrket. Sebelum sampai marrket aku pesan suruh dia berhenti kat Jarir sebab nak beli buku Obama (yang Splendid Suns tu dah habis baca). Sampai kat Jarir, kedai dah tutup sebab nak masuk waktu Asar. So kami pecut pergi cari ikan pulak. Masa tengah pecut tiba-tiba tayar belakang motor dia meletup. Nasib baik chef aku pandai kontrol...dah lah sini tak pakai helmet..pergh...kecut betul aku. Melelong motor tu kat atas jalan. Last sekali bila dah dapat kontrol, kami pun berhenti kat tepi jalan. Tolak motor dekat 30 minit, kedai motor tak jumpa-jumpa. Bila aku check kat handphone aku, adalah nombor untuk tampal tiub pecah tapi dia cuma service kawasan Ampang je...mana boleh...tu pun nombor yang aku ambil kat tepi longkang Petronas Station kat Jalan Ampang (opposite Lanson Place tu...). Aduh angin-angin..
Kami tahan van Toyota yang terbukak belakang tu. Angkat motor naik kat belakang pick up tu then aku dgn chef lompat naik kat belakang. Satu pegang handle sebelah sana, satu pegang handle sebelah sini. Mati hidup balik aku tak buat benda ni kalau kat KL!
Kedai motor pulak tepi kedai "Juara Tom Yam" adoi...lagilah aku angin...sebab kedai tutup. Kata dia lauk dah habis..JTY tu kedai Indonesia dan dia kata memang dia tahu ada lagi satu kat Kpg Baru!
Lepas repair moto, chef bawak aku pergi Arafah, Muzdalifah, Mina dengan tempat Jamrah..pergh kelas...pergi jamrah naik moto! Ooooo ni rupanya tempat melontar, tapi sayang aku tak teringat nak bawak kamera. So 2 gambar kat atas tu aku ambil dari internet je. Gambar moto tu pulak, heh3....yang tengah tu motor chef aku. Aku tengah plan nak beli yang sebelah kanan tu. Amacam ada gaya Harley Davidson Touring 2009 tak?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
2 ulasan:
Cewah!!! ronda2 dgn moto lak uncle nii...he3. Satu pengalaman hidup..
Lama tak naik moto. Selalu kita yang bawak, ok lah tapi bila drebar orang lain, kecut perut pulak!
Uncle
Catat Ulasan