Ahad, November 23, 2008

Dapur aku




Ni sebahagian daripada dapur aku. Masa aku belajar kat over the sea dulu aku diberi pilihan samada nak mengkhususkan kearah bidang masakan ataupun ke arah management. Aku lebih kepada management pada waktu itu. Walau macamanapun, bidang masak-memasak ni memang aku kena tahu. Especially when it comes to food hygiene, sanitation, then buat menu, masak-memasak, cuci periuk belanga dan segala-galanya. Cuci periuk belanga ni bukannya kerja mudah. Kalau salah cuci, non stick pan akan jadi stick pan. Then kalau salah pakai chemical, mahu Cik Kiah sakit perut nanti lepas makan nasi..then keselamatan kat dapur memang kena jaga. Ada chef aku dulu hilang jari kelingking sebab leka masa tengah slicing salami. Dia slice sekali dengan jari-jari dia! Ni "kisah benar" ni..Begitu jugak dengan chef Jepun aku dulu kat Japanese Restaurant di PJ Hilton. Nama dia chef Umezawa. Dia ni sushi Chef. Kalau tengok memang satu jari tak ada. Itulah bahayanya kalau kat dapur. Siapa yang ada jambul@remos pun boleh hilang remos dia. Air panas jangan ceritalah...ataupun minyak panas. So pengetahuan first aid amat penting. Fire blanket mesti ada. Fire extinguisher mesti ada standby. Jangan pulak pakai yang air sebab sini semuanya letrik. Mahu tambah terbakar nanti!

Anyway gambar satu tu ialah Commis aku tengah dok potong cabai nak buat sambal. Ala...sambal Cik Bedah tu...since Indonesian group ada kat sini, lakulah sambal Cik Bedah..siap nangis-nangis dia potong cabai dengan bawang..tu lah hari tu pesan, sebelum potong bawang, letak dalam fridge dulu 10 minit baru tak nangis. Dia tak mahu dengar jugak. Hah padan muka dia! Indonesian group siap mintak tambah lagi sambal tu. Hmmm terangkat depa kena belacan (terasi). Heh3...

Satu lagi pulak oven yang dok buat croissant aku. Alahai...kalaulah aku dapat bawak oven ni kat luar restaurant dan bake kat situ, hmmmm... tok imam masjid pun tak balik rumah nanti....bau croissant aku ni memang number one in the world...

Oleh kerana tukang-tukang masak aku ni datang dari seluruh dunia dan ada pelbagai ragam dan perangai, maka ni lah hasil dia. Bukan sambal aku saja yang meletup, dengan warmer-warmer aku sekali meletup! Habis berterabur kaca-kaca dia, nasib baik Cik Bedah tak tercekik kaca masa makan..kalau tidak sekarang ni aku dah ada kat KL tunggu surat lawyer!

2 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

ishhh2...camne pulak boleh meletup tuuu...nasib baik takder yg masuk spital...he3.

Uncle berkata...

Biasalah Kak Nab..depa ni kalau tak dapat bunga api dengan mercun, dapur pun depa letupkan....maklumlah dah dekat Raya Haji...tu semua muka-muka yang tak dapat balik cuti tu!

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...