Khamis, November 27, 2008

Tak sihat la...

(medicine of the day, macam soup of the day!)
(masjid kat Jeddah old town)
(Tengah sapu cream kat blackforest cake aku)

Aduh...aku bangun pagi ni dengan kepala yang sangat berat dan badan yang sangat lemah. Sah aku dah kena flu and cold ni. Semuanya package. Selalu lepas subuh aku dah terpacak kat restaurant ataupun lobby check sana dan check sini tapi hari ni memang tak bertenaga langsung. Nak bangun subuh pun tak boleh. Kepala berdenyut-denyut. So pagi ni aku terbabas sampai pukul 7 pagi. Pelan-pelan bangun pikir apa plan untuk hari ni dan group mana yang ada hari ni.

Bangun dan turun ke Room Service, aku mintak kopi "secewen" dengan croissant 2 ketul. Lepas makan terus aku makan ponstan 500mg sebab nak lega cepat. Lepas satu jam aku lega sikit, then aku turun ke pharmacy cari Nexium 40mg from Astra Zeneca untuk stomach problem aku. Aduh mak, satu kotak Nexium tu SR290! Betul ke ni? So aku beli jugak then claim balik duit ubat tu dari Accounts Dept. Heh3...claim jangan tak claim!

Time makan aku pun dah lari sekarang ni sebab aku pun asyik berlari kesana-sini so aku rasa tu yang aku kena gastric semalam petang. So, malam tadi aku tak makan langsung. Sebenarnya dah 2 malam berturut-turut aku tak makan malam. Nak dietlah kononnya...tapi memang weight aku turun balik. Jadi sebelum Maghrib aku dah telan Nexium aku tu. Lepas telan, aku tengok, alamak dah tinggal sebijik. So, itu yang pergi beli lagi tadi. Ramai orang tengah dok beli ubat. Dan aku terkejut sebab minuman favourite aku masa kat Jepun dulu pun ada kat sini. Selama ni aku tak pernah pun jumpa si "POCARI SWEAT" tin biru kat sini. First time jumpa. Actually dia ni energy drink. Kat KL pun cuma ada kat Japanese Supa saja dan kedai biasa tak jual. Memang sah aku borong nanti! La ni badan aku dah mula rasa tak sedap balik dah.....

12 ulasan:

PINATBATE berkata...

semuga cepat sembuh..kerja jangan sampai lupa makan bos...ikut macam saya ni makan sampai lupa kerja...ahaks..

POCARI SWEAT tin biru ada jual kat JUSCO depan rumah ni,my asben pun suka..

Hafitah berkata...

Dear Uncle,

Hope you get well soon, back in running speed! InsyaAllah

take care

cikgu zainab berkata...

Salam Uncle,
Keje teruk sangatlah tuu...well, makan ubat & rehat!

Alicia berkata...

lama tak komen blog uncle ni kan..:D

musim le uncle penyakit 3 serangkai tu la ni...rajin2 mkn ubat k...take care!

Uncle berkata...

I know that Pocari Sweat is available only at Japanese Supa. Dulu cari kat Ah Siong Mini Market tak jumpa!

Uncle

Uncle berkata...

Tu lah, Uncle pun harap dapat sihat semula supaya dapat bertugas dengan baik. Bukan senang nak bagi jemaah haji makan dan minum ni!

Uncle

Uncle berkata...

Kak Nab...dah makan ubat dan dah rehat. Dok macam tu jugak hari ni...telinga dok rasa panaih ja ni..insyAllah esok ok kot..

Uncle

Uncle berkata...

Dear Alicia. Penyakit ni macam shampoo 3in 1. Shampoo and conditioner! Heh3...

Uncle

dilaOHdila berkata...

salam uncle
moga cepat semboh
takecare UNcle..............

Uncle berkata...

Thanks to all yang bersimpati, hari ni (petang ni) Uncle rasa dah lega sikit...in fact lega banyak-banyak...dapatlah concentrate balik kat kerja. Ni masuk 2 minggu tak ada off day ni...biasalah kerja ni..

Uncle

Ontel berkata...

uncle, stomach problem tu uncle rasa pedih perut kerrr?? itu sbnrnya kesan dari makan ponstan.. selalunya jd lepas 1 jam mkn ponstan, ontel nasihatkan uncle mkn jerr roti 2-3 keping buat alas perut, tak payah mkn ubat.. sbb ontel selalu buat mcm tu.. insya Allah, hilang sakit perut, cubala dulu..

Uncle berkata...

Tu lah dia. Now it's getting better. Thanks for the tips.
Uncle

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 3

( semua ini adalah diambil dari entry FB saya ) Seperti yg diberitahu, saya mencuri sedikit waktu utk ke Songkhla. Sebuah bandar keci...