Rabu, November 19, 2008

Staff Party



Semalam ada staff party la pulak. Bukannya party apa pun but just an appreciation lunch for a job well done masa ramadan dulu. It's long time overdue but nevertheless they are not forgotten! Seronok gila budak-budak tu. Siap berdiri atas meja lagi punya happy. Kesian sungguh. Tu belum aku letak Filipino band lagi tu! Kalau ikutkan aku, mahu aku panggil 4 piece band main semalam. Esok memang sah aku keluar front page kat Arab News! "Sorang rakyat Malaysia lupa diri"

Anyway, function mula pukul 2 petang dengan bacaan ayat-ayat suci dari staff aku. Amboi memang sedap dia baca, siap suara sengau lagi! Then lepas tu ucapan berjela-jela, masa tu aku dah melencong kat tempat lain dah, malas nak tunggu. Pi check sana, pi check sini...then aku tangkap satu contractor buat kitchen tengah makan kek! Dia patut repair exhaust fan aku kat kitchen tapi dia dah cilok kek aku. Pot-pet pot-pet sat.....eh boleh pulak aku cakap Arab dengan dia! Heh3...

Lepas ucapan, budak filipino aku tiba-tiba dijemput ke podium. Aku ingat nak baca ayat-ayat suci lagi, tiba-tiba si Faiz ni buat gila pulak, dia hentam nyanyi lagu "KNIFE!". Aduh... lagu ni banyak nostalgia ni. Tapi muka dia nampak selamba, so kalau tengok kat gambar tu memang ingat dia dok bagi ceramah pasal "Global Warming" macam si Al Gore tu! Heh3.....pandai budak-budak aku.....

Masa time lucky draw, masyAllah, macam nak reban restaurant aku. Punyalah kecoh...maklumlah selalunya tak pernah ada kat sini...ada yang balik bawak toaster, iron, hp, tv dan yang usung washing machine pun ada. All in all, budak-budak ni memang suka benda-benda ni semua. They felt appreciated....

8 ulasan:

PINATBATE berkata...

salam uncle..

Lorr...tengah nyanyi ke tu...ingatkan tengah bagi ucapan alu-aluan ker..

Ontel berkata...

uncle, tgk gambar no2 tu teringat lak ontel kt citer 3 abdul time pramlee bagi sedekah harta bpk mentua dia.. rasa kelakar lak...

Uncle berkata...

Dear Pinatbate.
Lagu "KNIFE" tu.....kalau kat KL dah standard nyanyi kat Planet Hollywood dah ni "Saturday Nite Live...featuring Haji Faiz.."
Uncle

Uncle berkata...

Dear Ontel.
Memang 3 Abdul depa ni...cuma depa tak kena lelong ja...
Uncle

cikgu zainab berkata...

Pandai betul uncle ambil hati staf dia!! Tentu sekali uncle disayangi & akan dikenangi sentiasa.

Uncle berkata...

Sekali tengok disayangi la kot tapi tiap-tiap hari tengok entah-entah menyampah kot! Heh3...anyway staff party tu untuk semua orang.."Party Horey-Horey!"

Uncle

Hafitah berkata...

salam,

seronok betul diorang eh...i pun seronok tgk gambar2 tu.

I just recently followed your blog, I find it very interesting.

-den org somban-

Uncle berkata...

Dear Hafitah.
Enjoy reading yea...

den dulu kek somban @ sikamat
Uncle

Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...