Khamis, November 13, 2008

Jemaah dah sampai




Macam yang aku cakap semalam, jemaah dah mula sampai dari Madinah. Tu yang first batch datang dari KL. I guess they have completed their ziarah in Madinah for slightly over a week. Currently there will be about 24 days before wukuf (correct me if I am wrong here). So jemaah ada yang buat ziarah dan ada yang mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan amal ibadat. Good for them.

Aku tengok jemaah dari Thailand yang paling business minded. Last year masa aku kat Madinah, lepas waktu solat, penuh peniaga-peniaga perempuan dari Thailand yang cuma bentangkan kain kat tepi jalan dan mula berniaga. Bila kena halau terus bungkus dan masuk bilik hotel. Rupanya depa duduk kat hotel tu dan berniaga kat kaki lima hotel tu jugak! Berani...yang Malaysia biasalah, cuba memperbanyakkan amal ibadat. Bilik tak ok, makanan tak ok, depa kata "ni semua ujian di Tanah Suci ni.." So pesanan aku pada makcik-makcik dan pakcik-pakcik semua, jangan duduk diam dan jangan ingat ni semua dugaan....of course in a way memang ni semua dugaan tapi makcik-makcik dan pakcik-pakcik semua datang sini habis beribu-ribu ringgit dan setengahnya terpaksa jual tanah segala, so makcik dan pakcik semua ada hak untuk menyurakan ketidak puasan hati tu. You have every right to do so! Don't just keep quiet and thinking that these are all dugaan....

Kesihatan mesti jaga. Orang berjuta-juta, so pakailah mask bila keluar bilik. Jangan malu pakai mask. Masa aku kat Jepun dulu, kalau selsema atau batuk pun depa pakai mask supaya tak berjangkit kat orang lain. Siap pi dating lagi.....

Gambar kat atas tu aku ambil lepas sembahyang asar dari tingkap restaurant aku je. Dekat tak? So next week akan penuhlah kat sini dan ramai jugak VIP Malaysia yang akan tinggal kat sini. Booking untuk VIP sudah aku buat 3 days ago. Selamat datang Datuk-datuk dan Datin-datin......dan selamat menunaikan fardu haji.....aduh aku pulak macamana ni? Nak kena kenen-kenen sikit bos aku ni....

6 ulasan:

Leesa Liisa berkata...

salam uncle...ada tag le utk uncle..singgah le ye blog lisa

Tanpa Nama berkata...

salam singgah uncle..
sejuk mata memandang gambor2 dr mekah ni..

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle
syahdunya tengok tanah suci nih
terasa nak mai duk kat kaabah tu.....

Uncle berkata...

Dear Alicia.
Alamak macamana nak buat tag2 ni? Kalau tak buat ok tak? Uncle ni bukannya savvy sangat benda2 macam ni!

Uncle

Uncle berkata...

Salam Yatt.
Thanks for reading. Uncle berbesar hati sangat-sangat sebab ada jugak orang nak baca catatan Uncle ni. Keep on reading anyway!
Uncle

Uncle berkata...

Salam Dila.
Rezeki Dila dan keluarga akan ada selepas ni insyAllah. Jangan lupa sembahyang ye Dila. Uncle pernah lalai dulu, maklumlah kerja hotel tapi alhamdulillah Allah is great dan dipercepatkan ingatan Uncle pada Dia. Allahuakbar!
Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...