Ahad, November 16, 2008

Makan malam

(siap macam nak makan besar, tapi cuma telur rebus!)

(once in a while, makan macam ni memang sedap!)

Semalam aku tak tahu nak makan apa. Pusing sana-pusing sini, semua menu yang ada aku dah tahu by heart sebab aku yang buat menu. Salad, soup, sandwich, pasta, Middle East, Asian, Western sampailah ke dessert dan beverage list semuanya aku yang buat from scratch termasuklah costing dan selling price sekali. Memang banyak nak kena buat, then bukannya satu menu, ada Room Service menu, Lounge menu, set lunch menu, set dinner menu, Breakfast menu dll. Memang banyak. Nak harapkan Chef-Chef yang ada, mmmmm sampai Haji tahun depan pun tak siap-siap lagi. Kalau orang ingat kerja ni cuma ronda-ronda dan makan-makan, telahan anda memang silap. I have to make a few million a month dan a few million tu lah yang akan menentukan masa depan aku....budget for a year? MasyAllah....berjuta-juta jumlah dia. Sebab tu lah rambut aku banyak dah putih. Berapa? 5 juta? You must be dreaming........10 juta? Are you kidding me? 15 juta? I better bang my head against the wall! Tu lah kerja aku. Macamana nak tidur malam kalau tak achieve target? Mengigaupun keluar figure! Heh3...

So dipendekkan cerita, aku lapar. Lepas solat Maghrib, yarabbi, KN dan Kuey San, kami terlepas saf paling terkebelakang sebab orang dah berpusu-pusu! Anyway, budak2 kat RS tanya, "Mr. Shahrir, what would you like to order for dinner?" Aku jawab "2 hard boiled eggs and mango juice". Terbeliak bijik mata depa. Huh? "Can we get something else for you like caesar salad, grilled chicken breast with sauteed mushroom sauce etc?" Aku cakap lagi, "Read my lips, only 2 hard boiled eggs and a mango juice!" Tone aku dah lain sikit, then depa faham, so macam biasa time makan aku mesti at 7pm sharp. Tak boleh lambat dan tak boleh awal.

So malam tadi, aku makan 2 bijik telur rebus dan maggi mee kari then Azli makan sepeket Indo mie dan 2 bijik telur setengah masak...heh3...so, sapa kata kalau kerja kat hotel selalu nak makan best-best?

2 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Telur rebus dgn jus jer ke?? Agaknya uncle dah jemu dgn semua menu kat hotel tu ?? Nanti bila balik KL ... wife leh masak sedap2 ikut citarasa uncle!!

Uncle berkata...

Tu lah saja yang kami mampu Kak Nab ooii....just joking. I can actually order whatever I want but sometimes you do get bored...so something simple will do! Oh actually I miss Japanese food i.e. chicken teriyaki and my wife's version of japanese potato salad. Yum2..

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...