(budak 10 tahun tu)
(geng penyamun tarbus!)
Aku memang suka sungguh cerita pasal staff-staff aku ni. Macam yang aku cakap dulu, staff aku kalau dikumpulkan, boleh bukak kilang melamine kat Balik Pulau! Seronok kerja dengan depa sebab style ada pelbagai. Ada yang masuk kerja pakai slipper pun ada..reason kata dia, sebelum ni tak pernah pakai kasut! Aduh, boleh heart attack ni...Semalam ada satu budak baru masuk. Nama dia aku tak ingat maklumlah, aku boleh bukak kilang melamine...ramai sangat la tu! Kalau tengok muka dia memang macam budak 12 tahun. Banyak kali aku tanya, dia tetap jawap 17...dah dewasa dan boleh kerja cari rezeki, kata dia..kelas! So apa kerja dia yang aku bagi? Kerja dia lap pinggan satu hari. Atau mungkin berhari-hari. Kerja lap pinggan ni memang kerja mudah. Eh mudah ka? Nampak saja mudah sebenarnya, tapi ada pengajaran kat situ bila kita lap pinggan. Berapa saiz pinggan tu? 21cm atau 24cm? Kalau 21cm tu pinggan untuk apa? dibuat dari apa? kegunaan untuk apa? Sebab apa bulat dan tak bujur? Heh3...kan ada banyak benda nak belajar tu! Then kalau nak lap kena pakai kain apa? Water temperature untuk lap pinggan berapa? Then selain dari hot water apa lagi yang kita boleh pakai? Sebenarnya vinegar atau cuka ni banyak kegunaannya...a dash of vinegar in a pot of 2 liters of hot water will kill lots of bacteria yang selalu dok melekat kat pinggan kita. Vinegars jugak selalu aku gunakan untuk mencuci gaskette peti ais hotel, just for the same reason. Vinegar jugak bagus untuk rambut yang bermasalah seperti kelemumur tapi jangan lupa campurkan sedikit herbs supaya baunya tak kuat sangat! Banyak pengajaran yang kita boleh dapat bila kita lap pinggan ni...Ala...budak tu lap pun bukannya banyak sangat pinggan, cuma 2400 pinggan ja..tak lah banyak...tengok muka dia betul-betul, macam 12 tahun kan?
Yang lagi 2 gambar tu ialah gambar budak-budak kitchen dan steward aku. Ingat MAS je yang ada Steward? Hah, aku kat hotel pun ada jugak....cuma uniform saja yang lain dan maybe perut depa tu lain sikit. Steward-steward aku ni kuat makan sebab kerja berat. Selain dari mencuci, depa jugak orang penting untuk buang sampah dari kitchen aku. Memang penting depa ni...aku dulupun pernah kerja macam ni so aku memang faham kerenah budak-budak steward ni.
Kitchen aku pun serupa. Sebab terlebih merasa makanan, tengoklah perut depa. Memang meriah macam nangka ranum! Yang depan sebelah kiri tu Chef Adil dari Morocco. Seorang yang sangat adil! Easy going personality. Kalau aku pergi mana-mana nanti harus aku bawak budak ni. Good in carving, creative and selalu bincang dengan aku untuk new ideas. Keep it up Adil....
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Selasa, November 25, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
4 ulasan:
betul la uncle, mcm budak umur 12 thn.. takde id kad ke???
Heh3...tapi rajin mengelap budak ni...
Uncle
Lap pinggan berapa bayaran? KN nak g wat part time nii...cuti2 sek ni elok gak cari pengalaman keje kat sana! Oops...perempuan tak boleh keje sana!! :(
Tak mampu la saya nak bayaq KN. Gaji lagi, 1st class flight ticket lagi.....
Uncle
Catat Ulasan