Selasa, November 18, 2008

Sekolah






Anak-anak aku seronok sebab dah cuti sekolah. Tapi beberapa hari sebelum cuti sekolah ada hari penyampaian hadiah dan dua-dua dapat hadiah. Amboi bukan main seronok lagi. Yuya dapat nombor 3 keseluruhan dan Abang dapat hadiah sebab terbaik dalam certain subject. Aku kat sini cuma mampu berdoa kepada Allah agar anak-anak aku nanti berjaya. Apa pun depa buat, aku tak kisah tapi hendaknya berjayalah..Seronok Yuya sebab first time dapat hadiah. Wakana pun pergi jugak sekolah dan mungkin dia ambil cuti setengah hari. Kalau aku ada kat sana aku mesti pergi sama. Bangga jugak aku dengan kejayaan Abang dan Yuya. This is only the beginning.. Marina pulak kata Wakana, dah mula nakal dan suka jerit-jerit. Tapi katanya bila cakap dengan aku kat telefon, Marina buat suara manja pulak! Hmmm very cute..aku tak sabar ni nak balik KL! Aku nak duduk rumah layan anak-anak aku saja.

Aku masa kecik dulu pun macam tu jugak. Masa darjah satu dah mula dapat hadiah. Masa tu aku bersekolah di SR Francis Light di Penang. Bila sampai sekolah menengah, dah mula start tak dapat hadiah..sebab aku lebih main dari belajar..masa main aku main betul-betul..dan masa belajar, aku main jugak betul-betul! Heh3...5 tahun aku kat sekolah menengah tu memang saat yang paling best dalam dunia untuk aku. Sampaikan cikgu Chemistry aku masa tu Mrs. Chin tanya aku kat dalam kelas, "Shahalil aah..apasal awak ada sini aahh..?". Part tu aku tak dapat jawab sebab aku sendiri pun tak tahu sebab apa aku ada kat situ! Heh3...Masa tu semua kawan-kawan aku yang habis trial exam dah pergi overseas (masa tu banyak yang depend on trial exam result for scholarships). Ramai dapat US, Canada, Australia, UK dll. Aku pulak? Masuk sekolah Chung Ling kat Penang buat Form 6. Takpa-takpa....aku ikut cakap orang puteh, "Late Bloomers" heh3...

Kadang-kadang in life kita tak tahu apa yang akan jadi. Apa yang kita rancang tak tentu kita akan dapat. Dan apa yang kita tak rancang tiba-tiba pulak menjadi. Again, "c'est la vie". Kalau aku ingatkan balik masa kat sekolah dulu masyAllah...sepanjang aku tinggalkan sekolah tahun 85 dulu sampai sekarang aku tak pernah sekalipun jejak kaki aku kat situ. Sekarang tapak sekolah tu dah jadi SMS Seremban dan sekolah aku dah pindah ke Sg Gadut?!? Eh betul ke ni? Tapi macam aku cakap tadi that was the best 5 years of my life. Siapa tahu anak-anak lelaki aku dapat sambung belajar kat situ nanti....Aku tengok cikgu aku dulu dah kahwin dan agak berumur hari tu masa aku jumpa. Sedangkan dulu, dia salah sorang yang paling cun kat situ. Hmm selalu jugak aku kacau cikgu tu. Subject dia satulah yang aku selalu buat homework, yang lain-lain tu hmmmm...but anyway, gambar topi tu menunjukkan yang aku memang sayang kat sekolah aku. "Once a Sdarian, always a Sdarian"

4 ulasan:

PINATBATE berkata...

TAHNIAH untuk anak-anak uncle...semuga terus maju!

Uncle berkata...

Ala Pinat baru darjah satu dgn darjah 4...belum SPM lagi..heh3...
Uncle

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

Tumpang gembira atas kejayaan abang & Yuya. Moga lebih success:-)

Uncle berkata...

Dear Dila...semoga berpanjangan lah kejayaan tu. Itulah harapan mak dan bapak kita dulu...
Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...