Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Khamis, November 20, 2008
Staff Party aka Horey-Horey Part 2
Aku dah jadi macam star pulak hari tu. Bukannya apa, ramai pulak nak ambik gambar dengan aku. Budak-budak kitchen, budak-budak steward, restaurant, engineering. Pemes..pemes..ataupun depa tak ada choice nak ambik gambar sebab aku saja yang dok ronda kat dalam restaurant tu. Heh3...
Anyway, aku sukakan color dari fruit tart aku. Very colorful and tasty too! Pastry Chef aku tu baru 2 hari datang. Aku rembat dari Le Meridien Towers, Mekah. Ala...buat-buat pi tengok hotel, sambil jalan-jalan tu buat-buatlah tanya sapa yang buat dessert yang cun tu. Then bulatkan mulut dan sebut "oooo...." then cakap, "mesti sedap ni...", then bagi card dan suruh call. Dalam 48 hours kalau ada call, memang dia minat nak join. Kalau tidak, pi lah tengok hotel lain pulak..Selalunya aku dapat..so mainly staff aku datangnya dari Le Meridien dan ada jugak dari Sofitel. Jangan tiru tactic aku tu..
Then budak-budak Engineering pulak teringin nak ambik gambar jugak.. aku pun pose la lagi sekali kat tepi meja buruk tu. Hentam sajalah labu..muka aku pun dah senget sebab banyak senyum walaupun baru kejap tadi lepas tangkap contractor yang makan kek aku tu!
Hari ni ada group Indonesia datang buat Haji. Lebih kurang 100 orang. Tak lah ramai pun.. breakfast aku letak mihun goreng dengan nasi goreng (of course yang lain-lain pun ada) depa makan tak banyak rupanya. Second chafing dish pun tak pakai. Diet ka depa ni? Lunch aku suruh Ika (lelaki bukan perempuan) masak semur daging dan ayam berlado. Taruk sambal sama cili potong, goreng keropok sikit, pergh.....terlentang depa. Malam ni masak kurma ayam dengan ubi kentang dll yang seangkatan dengannya. Banyak duit makcik-makcik tu semua. Bilik la ni bukannya murah. Yang tak ada view pun dah dekat SR4000 semalam! Tapi semuanya baik-baik belaka. Selalu senyum. Murah rezeki depa..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
10 ulasan:
fuhh..fruit tart tu memang menggiurkan..selalu orang letak 3 jenis buah atas sebiji tart..kalau buat style cam ni kena makan minimum 3 bijik tart lahh..pasal nak rasa semua jenis fruit...
glemer..glemer...boss yang disayangi ramai...
Heh3....kalau lah ada EOS.......mesti meletop nanti gambar tu, bukan kamera aje meletop, dengan tukang kamera sekali meletop!
Uncle
lawa ah uncle punya gambar.. pakai dslr ker? bleh ajak outing sama2 nanti, pi shoot sekitar makkah. hehe
wah uncle dah minat EOS erk. Tadi dilla tengok kat bangi RM1500. kedai tu nampak ok gak uncle. dilla tadi beli Speed Light SB800. Harga kat KL lebih mahal dari kedai ni. Kalau wakana lalu kat nak seremban tu singgahlah kat WARTA bangi kedai atas tg 2 LK ELETRIK.
fruit tart tu looks nyummielicious lah uncle.
kalau kami singgah boleh uncle bagi free sebiji dua ka?hihi (^_^)
sedapnye uncle..fruit tart tu...menyelerakan jer...
Dear Lutfi
InsyAllah kalau Uncle free nanti but definitely not at the moment. Thanks for reading.
Uncle
Dear Dila.
Ye ke ni? Macam tak percaya je..anyway that depends on my priorities bila balik KL pulak nanti!
Uncle
Dear Ayu.
Memang yummylicious. But I like to look and not much of the taste sebab manis sangat. Of course kalau ada lagi belen-belen kat kitchen tu...
Uncle
Dear Alicia.
Nanti Uncle suruh buat yang besar lagi...dan lagi...dan lagi...
Uncle
Catat Ulasan