Ahad, November 30, 2008

Sunday morning




Pagi ni aku bangun dengan keadaan kesihatan yang kembali normal. Mengeliat sat, bangun terus mandi. Siap kan baju segala, dan berbekalkan kamera canon aku, aku terus meronda macam biasa. Malam tadi ada group dari Morocco yang sampai lambat. Dinner pukul 11.15pm dan habis makan pukul 12 tengah malam. Pagi ni depa serbu makan lagi, breakfast pulak. Dapatlah aku practice french aku sebab Moroccan ni second language dia French...dah karat sikit tapi oklah...masih tak boleh tipu aku lagi..heh3...aku tak tahu sebab apa, tapi masih belum selera nak makan. So aku cuma minum kopi secewen dan sambung ronda lagi. Habis ronda dah pukul 8. Turun kat Saji minum teh pulak sambil jumpa jemaah Malaysia yang ada kat sana. Seronok sembang dengan depa. Tadi sembang dengan orang Alor Setar.

Saji sekarang dah ada roti canai. Maybe sekejap lagi aku turun pi makan roti canai kot. Kalau ada balance. Jenuh dia dok tebar roti canai. Memang Q panjang. Must be good and I have to try later. Sekeping SR3. Eh murah la tu. Kalau kat Tokyo dah RM20 sekeping. Dulu aku makan biryani kat Tokyo pun dah kena RM120 tahun 92! La ni apa lagi..so makanan kat Saji tu kira berpatutan lah..

Gambar satu lagi budak-budak kat RS tengah dok discuss pasal assignment aku untuk fruit basket lusa. Ada VIP group sebanyak 160 bilik. So depa tengah dok discuss bila nak prepare fruit, equipment, rooming list, master key, bila nak tolak naik bilik dll. Heh3....bagus...bagus...senang sikit kerja aku. Important kat sini ialah delegation. Kalau aku tak delegate betul-betul, memang sah aku kena buat semua kerja sorang-sorang. Lepas delegate jangan lupa checking and checking is 24 hours for me.

Kadang-kadang pukul 3 atau 4 pagi aku buat spot check especially kat back of the house. Terkejut depa tengok aku turun check! Aku tahu sangat trick ni semua, jangan kelentong lah..kat mana nak cari staff aku yang hilang pun aku tahu. Memang payah depa ni kerja dengan aku. Ada yang sembunyi kat belakang tangga, ada yang dok makan roti belakang food warmer, ada kat tepi washing machine, ada yang sembunyi food kat bawah buffet counter dan dulu ada sekali aku tangkap budak tidur kat atas stage belakang curtain and function was going on! MasyAllah....actually masa tu guest speaker tengah bagi speech and aku happen ada betul-betul kat belakang VIP guests tu. Tiba-tiba aku terdengar bunyi orang snoring, aku toleh kat belakang bunyi tu hilang, then tiba-tiba kat hujung curtain aku nampak kaki terlunjur keluar! Audience tak nampak dan tak dengar sebab masa tu speech was going on. Aku tutup balik kaki dia dengan curtain, then aku pergi belakang stage. Kejutkan dia pelan-pelan, then bawak dia pergi Steward Office sebab kat hotel tu, chef office dengan steward office ada kat belakang ballroom! Budak ni budak steward kerja overnight, lepas dia cuci kat dapur dia pergi ballroom sebab selalu orang tak pergi situ dan dia tak tahu besok pagi ada Medical Conference kat situ! The next day sebelum aku bawak dia pi HR Office budak tu pun dah tak datang kerja. Heh3...amboi...banyak cerita ni...

2 ulasan:

Sheikh Helmi berkata...

tq bro 4 coming2 our food court..

Uncle berkata...

Tak pekena teh tarik kat situ rasa tak puas....
Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...