Rabu, September 02, 2009

11th Day Posa

(tembikai pun aku snap jugak)

(ni baru betul, tarbus!)

(nak ke Haram dari Le Meridien)

(bulan posa ni aku geram sungguh kat doughnut)

(Iqbal dok set-up meeting)

Aku bangun dengan rasa yang segar-bugar pagi ni walaupun aku tidur lewat malam tadi. mungkin deep sleep kot pasal letih sangat. Macam selalu, aku kemaskan katil, siapkan baju untuk dipakai sebelum mandi. Dalam pada tu aku sempat jugak on kan computer aku dan melayan e-mail yang masuk. Ada dari family, ada dari pembaca blog, ada dari kawan yang memang dah lama sangat tak dengar cerita dan banyak lagi. Semalam aku dapat message dari Anne. Anne budak Hong Kong dan Anne merupakan Junior aku masa kat Suisse dulu Aku terkejut bila dapat message dari Anne sebab yang aku ingat budak ni sangatlah pemalu dan kami jarang bersembang. Masa tu Anne dalam lingkungan awal 20-an dan sekarang ni mungkin dah lewat 30-an. Anne seronok bertanya khabar aku kat dalam FB dan begitu jugak aku. Maklumlah dah lama tak dengar cerita masing-masing. Katanya sekarang dia sibuk menguruskan Catering Company di Hong Kong. Mmmmm mungkin satu hari nanti aku akan usung satu family kesana jugak. Anne berkirim salam kat family aku.

Dulu sebelum ada computer dan segala macam, aku selalu jugak tengok kat dalam suratkhabar kot-kot ada ruangan "Pen Pal". Aku tulis kat depa, depa jawab. Tapi selalu tak jawab! Ramai lah jugak yang aku kenal sebab masa tu niat cuma nak pandai penguasaan bahasa Inggeris tapi mat salleh ni semua aku tengok lagi tunggang-langgang dari aku. Heh3....Mahu 2 minggu sampai sebulan tunggu baru dapat reply!

Masa aku dengan aunty berkenalan dulu pun serupa jugak. Suratlah yang menjadi medium kami untuk bercerita dan bertanya khabar. Aku kalau dah start menulis mahu sampai 7-8 muka surat kertas kajang tu tapi bila dapat reply, aunty cuma tulis 1 ke 2 helai saja! Heh3...surat-surat lama dan poskad-poskad lama kami aku rasa masih lagi tersimpan rapi untuk kami tengok balik bila dah tua-tua nanti. Kalau tak pun, aku hantar kat kedai Ah Seng suruh dia framekan, hah habis cerita! Talipon pun kami pakai tapi berselang-seli. Minggu ni aku talipon, minggu depan aunty talipon. Aku talipon sat-sat sebab duit scholarship tak cukup tapi aunty talipon lama-lama sebab dia dah kerja! Heh3...Macam tu lah kami selama beberapa tahun. Tapi alhamdulillah, kalau orang kata "long distance" ni susah, dan selalunya tak menjadi, 4 tahun kami macam tu dan last sekali kahwin jugak. Tapi itu dulu masa muda-muda. Sekarang ni kami dah melebihi 40-an dan perhubungan kami masih tetap macam dulu jugak. Tak habis-habis. Aunty kat sana, aku pulak kat sini. Dulu dia kat Jepun, aku kat Malaysia. Then dia masih kat Jepun aku pulak kat Suisse. Sekarang ni, dia kat Malaysia, aku dah ada kat Saudi pulak....apa nak jadi da.....Walaubagaimanapun, the keywork here is "TRUST". Mesti percaya pada pasangan dan jangan curiga...

Masuk hari ke 11 ni semuanya nampak gaya berjalan dengan lancar sebab dah lebih seminggu berpuasa dan trend kehadiran guests, kami dah dapat baca. Kat situ banyak membantu kami supaya tak kelam-kabut. Semalam aku berjumpa dengan orang kita yang paling berpengaruh kat Jeddah dan aku sempat menjemput beliau sekeluarga untuk datang berbuka puasa. Anytime, anyday...just give me a call...kelas...."Selamat Berpuasa" Nanti aku cerita adventure aku pergi umrah! Tunggu...

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

7-8 lai surat uncle, aunty bls selai dua ja.. ahiksss.. sian uncle..
btul kn uncle.. trust ws da most tough fctor in order of successful relationship kn..
cmtu la yg sy dok rsa la ni..
sorg kt m'sia.. sorg kt saudi..
uncle.. t blh tlg email kn no. fone uncle kt email sy tk.. own1912@gmail.com
org pmpuan sy mntk sbb t ea nk cll uncle msa p umrah..

PINATBATE berkata...

wah! skill uncle ambil gambar makanan skrg bukan main mengancam..gambar donut tu buat saya terliur jerk..

My Life berkata...

salam... bestnya mereka dapat jemputan uncle.. dah lama rasanya uncle tak story about family uncle,,

Uncle berkata...

La...sama ka kita? aunty Pet buat apa kat jeddah? Habaq mai sikit! Btw, i've e-mailed you my hp number.

Uncle berkata...

Dear Pinat.
eh janganlah cakap macam tu...malulah...."saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...rasa-sayang eh...rasa-sayang, sayang eh..."

Uncle berkata...

Dear My Life.
Just for you....apa yang ML nak dengar pasal family Uncle? Nanti Uncle ceritakan kat entry baru. Amacam?

Tanpa Nama berkata...

ahiksss.. kita ni sama ja la uncle..
aunty pet keja kt jeddah.. ahaksss..

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

Tau lah kisah percintaan masa muda2 dulu...absence makes the love grow stronger...anyway come december, uncle balik malaysia kan..so jumpa aunty & famili.
Take care!

My Life berkata...

apa-apa jer uncle... rindu pulak dengan untie, abang, yuya dan girl hehhehehe

Uncle berkata...

Memang uncle pun rindu giler ni!

rina berkata...

Uncle,

The carved Tembikai tu mcm gigi la .... yg tengah tu.

hihi

Rina

Uncle berkata...

Tu yang sedap tu! After half an hour dah kena kerobek! Heh3...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...