Selasa, September 29, 2009

Lega sikit

(dinner aku..jangan jeles yea!)

(dah 75! Yahoo......)

(rambut sebelum aku buat magic)

(masa tengah buat magic)

(result after magic...10% discount, aunty mesti jealous nih...)

Semalam aku malas sungguh. Apa pun aku tak buat. Tak keluar bilik pun. Oops ada jugak keluar bilik sebab staff aku cari training room key yang tak jumpa. Bila aku turun cari baru jumpa! Makan, tidur, lepak, skype dengan anak-anak, baca paper, baca buku, baca blog yang banyak aku miss, golek atas katil, golek atas lantai dan ada satu benda yang paling berharga aku buat semalam.....chat rambut...heh3...tengok gambar aku. Dah discount 10%!

Tadi petang masa tengah mengenang nasib sambil tengok Haram dari tingkap kedai kopi, aku dapat satu panggilan dari Azam. Ada aku masukkan gambar Azam dulu. Azam dulu hantar serondeng kat aku. Ala...serondeng yang number 1 in the world tu! Azam ajak aku pergi Raya rumah dia. Thanks a lot Azam sebab ingat jugak dia kat Uncle. Anyway, Uncle ada nak jumpa tetamu penting malam ni pukul 9. Apa kata, Azam pulak datang sini? Amacam? Kita pekena teh ka....makan-makan ka....let me know when you are available ok!

Aku setkan training program untuk bulan October nanti. Daily, weekly etc. Semua lengkap. Next week start. Heh3....jangan lari ya penyamun-penyamun semua......aku "starlight" kat dahi nanti! Cerita pasal "starlight" ni aku teringat masa aku Form 2 dulu. Bila kena panggil dengan senior asyik-asyik kena starlight kat dahi. 2-3 kali tu okay lagi tapi kalau dah sampai 37-38 kali, mahu berbirat dahi aku. Lekat jari depa kat dahi aku...ada sorang tu memang dari dulu selalu belasah aku. Ada saja yang tak kena. Mungkin masa tu badan aku besar kot...Aku pun janji yang aku akan cari dia dan balas dendam lepas sekolah nanti. So bila lepas sekolah, aku pun melilau lah satu KL cari budak ni. Central Market la...Chinatown lah...Klang Bus Stand lah..Sungai Wang Plaza lah...habis aku cari. Sampai kat Bangkok Bank aku pusing. Tak jumpa-jumpa jugak. After a few years, aku ada berjumpa dengan budak-budak batch aku dan aku ada tanya kat depa samada senior yang aku dok cari bertahun-tahun tu ada lagi ke tak? Depa dengan perlahan cakap kat aku, "Uncle.....senior yang Uncle dok cari tu dah meninggal dah....". Pedepang.......rasa macam dahi aku kena "STARLIGHT" lagi......aku terus mengucap dan perlahan-lahan aku hadiahkan dia Al Fatihah...

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adehhhh.. uncle cm umuq 18 eh bila buh cat kt rmbut tu.. aunty xjeles, geram tmbah mau la.. ahiksss..
bab strlight kat dai mau 37-40 kali, jgn kata brbirat, jln pn melelong xjmpa pntu kuaq dorm.. hakhakhak..

Uncle berkata...

Pergh...banyak discount tu...Mee-Ka-Mee pun tak bagi banyak lagu tu masa Raya Sale!

Memang penin kena starlight macam tu...tapi tu semua kenangan yang buatkan Uncle tambah rindu kat depa...(sambey dok ketap2 bibiaq nih!)

Keluaq dorm siap langgaq pintu lagi tuh!

Tanpa Nama berkata...

ahiksss.. mee-ka-mee la plk.. ada lg xtau la ni..?? dok xdok ngidam la plk..

chek pham klu dok ketap bibiaq lgu tu..
dan2 rsa nk lompat nek dok brsila ats dahi senior.. ahaksss..

ni pkai xjd business clss la ni uncle..?? pada sgh salim.. kira adik bradik sdh la.. hakhakhak..

Uncle berkata...

Memang Salim tu tak ingat adik-beradik...dah lah tu, dia cakap "K" class dah full lepaih haji, kena waiting list! Kalau nak jugak hari tu kena up naik "W" class, tambah SR350! Adeh-deh-deh....kena buat pt teksi sapu macam Samir la nampak gaya...2 minggu lagi dia suruh call kot2 ada cancellation "K" class tu..

Carrie-Ma berkata...

uncle,

muka uncle lps magic sebijik mcm yuya. sat lg yuya dah besar, mcm tu la kot ek...

kucingorengemok berkata...

gambar yang after magik tu dah sebijik rupa yuya dah! hehe...

Uncle berkata...

Alamak macam Yuya? Habislah....dia pun merantau la gamaknya kot....by the way, even my mother said perangai Yuya macam Uncle when I was small...

Uncle berkata...

You are not the first to say that....ramai dah orang cakap macam tu even aunty pun kata benda yang serupa...NGERI!

Tanpa Nama berkata...

senang cita uncle sruh samir antaq ngn prebet sapu dia tu la..
awai bulan 12 kluaq saudi, ujung bln 1 smpai m'sia.. ahiksss..

Uncle berkata...

Great idea! Tak pernah terpikiaq pon lagu tu...macam ni kalau, dah kena start dari la ni lah nampaky gaya! Heh3...

Tanpa Nama berkata...

cmtu klu siap bju blh dh la uncle.. ahiksss..
uncle.. skype @ y.m add plz..

Uncle berkata...

apa address tu? Tadi masuk....from china and russia semua keluaq! Secret agent apa!@#

Tanpa Nama berkata...

adehhhh.. celah mana plk mai org russia ngn china ni.. ahaksss..

Uncle berkata...

kacau ni....jangan depa intercept uncle sudah! Heh3...Uncle nak balik Ampang bukannya Vladivostok!

Tanpa Nama berkata...

dan la kita snggah p tgk ayaq trjun kt karachaevsk ngn taberda dulu..
haaa.. sdh lgu ni.. pkat dok xtahwan pnca dh.. ahiksss..

Uncle berkata...

Huh? Kat mana tu? dekat2 dengan St Petersburgh ka?

Tanpa Nama berkata...

dlm territory karachay-cherkess republic..
nk kata dekat tu dak jgk la.. tp sblh ngn georgia dh fr international border..
ada satu cntral mosque kt karachaevsk tu.. cntikkkk.. kubah mas..

adehhhh.. lh dok bkak topic geografi la plk tang ni.. ahaksss..

Uncle berkata...

Huh? Kat Georgia? Btw, Georgia has a very good Rugby team tapi taklah sepower All Blacks, Puma, Wallabies, Springboks etc tapi masuk World Cup lah jugak. Fight la dengan Japan@Sakura tu...eh, rasa-rasa salah topik pulak ni!

ms. legolas berkata...

uncle,
awat tak bagi magic kat janggut sejemput tu sekali.. kalau tak mesti org ingat
abang pada yuya, tp kalau bagi hilang itu janggut mesti ramai yg ingat kembar yuya.. heh3

Uncle berkata...

Uncle salah jampi.....ayat tu untuk yang atas saja, bukan yang bawah...tu yang rambut jadi hitam, janggut jadi putih...heh3...tapi ramai jugak yang kata Uncle dengan Yuya tu kembar seiras! Cuba tengok betul-betul!

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

Pergh!!!! Uncle dah Kurus banyak
mesti Untie terkejut jugak nih
apa rahsianya uncle.....

Uncle berkata...

Dear Dila.
Very easy. Breakfast Uncle makan 2 croissant and coffee. Then minum air banyak. Lunck makan nasi sikit tapi ratah lauk but no fried food at all. Dinner tak makan, kalau makan pun only fresh cut fruits like mango slice and watermelon and drink lots of water, amacam? Boleh? Bila dah 41 ni kenalah jaga...especially perut....Uncle takut boroi nanti pakai apa pun tak kena! Heh3...rasa macam artis la pulak!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...