Khamis, September 24, 2009

Raya di Mekah Part 1

(tengok brand kereta dia...heh3...)

(kemek merata-rata...macam Samir jugak!)

(naik tangga macam cerita Ali Baba P Ramlee)

(ni lah pintu yang Marjinah conteng tu!)

(memang Kelasik Nasional tempat ni..)

Dalam aku dok demam dan sakit tekak ni, si Samir (penyamun tarbus) call aku. Hari tu ada dia ajak aku pergi Taif naik kereta F1 dia. Samir cuti tapi aku kerja, so aku cakap tak dapat ikut. Sebenarnya dalam hati aku, aku dok mengigau lagi naik kereta Honda Accord Executive dia tu! But anyway, Samir, being a nice boy, dia ajak aku pulak pergi rumah dia. Dia nak tunjuk rumah dia yang ada 11 bilik tu. Huh? 11 bilik? Aku terkejut...ni hotel ka apa ni? Rupa-rupanya dia ada 13 adik-beradik...patutlah bilik ada 11. Tu tak masuk bilik air, bilik makan, bilik lepak tengok TV dan bilik-bilik lain. Lepas sembahyang Asar, dia call lagi cakap dia dah tunggu kat bawah...aku gelak sakan....ni kat atas bukit ka, aku tanya...dia kata taklah....jengoklah kat luar tingkap, dia cakap, mesti nampak kereta F1 dia. Ah-ah betullah...dia dah tunggu kat bawah. Aku pun bukak tie, bukak jacket, keluarkan baju aku dan lari turun bawah. Samir tunggu dengan Amir. Satu lagi PT aku. Depa sengih tengok aku. Aku pun sengih tengok depa...

Lepas cilok sana cilok sini sampai kecut perut aku, Samir pun parking kereta kat tepi jalan. Samir main tinggal saja kereta kat tepi Saudi Post! SR6000 tu kereta Honda tu...mana nak dapat kat KL. Executive lagi...kalau tak percaya, tengok betul-betul gambar first tu! Aku tanya Samir, rumah kau kat mana? Dia cakap naik tangga, kona kiri, kona kanan, naik tangga lagi...mak aiii....klasik habis tempat tu. Aku suka tengok rumah-rumah yang macam ni sebab dah boleh masuk World Heritage! Aku tanya dulu kalau-kalau aku boleh ambik gambar rumah-rumah kat situ sebab aku takut kena baling kasut macam budak Iraq tu dulu! Samir kata, "Don't worry Sirrrr...this my area!" Kelas budak Burma ni.....sama macam dia cakap kat polis dulu masa pergi Umrah. Heh3...

Aku suka tempat yang macam ni. Very traditional dan tak macam kawasan perumahan kita yang teratur. Aku tak tahu nak explain macamana tapi memang aku suka. Kawasan dia kotor dan rumah dia memang tak ada plan langsung. Aku suka pintu kayu dan besi yang berseni. Rumah depa setengah papan dan setengah batu. Kereta tak boleh naik sebab terlampau curam dan sempit lorong dia. Half way through, aku jumpa Farid kat tepi lorong. Aku tanya buat apa kat situ? Farid cakap saja lepak-lepak...kami berhenti beli coke 2 botol besar sebab nanti dia nak jamu aku coke tu jugak. Sambil menapak, aku snap lagi gambar rumah orang kat kiri-kanan. Masa tu aku teringat kat Noor Azizah yang dok tanda pintu rumah orang dalam cerita P Ramlee. Aku heran macamana P Ramlee boleh tahu rumah kat Arab ni macam tu? Dia Google ka? Kelas....

Masuk saja kat rumah Samir, aku nampak beras 2 guni. Aku tanya berapa lama boleh tahan? Samir cakap dengan muka selamba, "2 weeks Sirrr" Pergh biar betul ni...then baru aku teringat yang dia ada 13 adik-beradik. Campur mak dan bapak dia jadi 15 orang. Campur kak ipar 2 orang, jadi 17 orang. Campur kucing 5 ekor jadi 22. Campur kambing sekor jadi 23 semuanya yang nak makan nasi! Patutlah....oopps aku lupa. Campur anak menakan sorang, jadi 24! Kelas....

Samir tidur bilik bawah. Yang lain semua bilik atas. Kambing dengan kucing tidur kat luar! Heh3...Oleh sebab Tok Arab ni semua tidur siang, jadi yang ada sama aku cuma aku dengan Samir saja. Yang lain semua dok tidur lagi. Besar ruang tamu dia. Boleh tidur 15 orang kalau susun sebelah-menyebelah! Ada AC setiap bilik. Tapi AC si Samir ni kalau nak pasang, kena pakai screwdriver! Macam gaya nak start kereta dia dulu jugak. Kelas....Sambil dok tonyoh dengan screwdriver, sambil dia dok sengih kat aku...sempat lagi dia tanya, "You remember this Sirrrr?" Aku tak mampu nak jawab tapi dalam kepala otak aku teringat kat kereta dia masa kami nak start enjin nak keluar dari tempat "tarik kereta" masa nak pergi umrah dulu.....kelas.....

38 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

uncle,

kalau KN tak laratlah nak gi umah samir tu...kena dukung!

My Life berkata...

mencabar nyaa

Uncle berkata...

Dear KN.
Saya pun balik terus demam....lutut dok bergegar lagi ni!

Uncle berkata...

Dear ML.
Memang sangat mencabar jiwa dan raga!

olive oyl berkata...

selamat hari raya uncle..

ms.legolas berkata...

Slm raya buat Uncle,Wakana,kodomo tachi n oths,

ms. legolas kembali keja today..so baru ni dpt jeguk blog uncle..amboi byk tul cite tertinggal ni..
tak tahan tgk cheese cake wakana..bila blh dpt rasa ye..

btw,Wakana San jemput la datang ke rumah, tell me when u available ne.

ry tahun ni rasa nye cepat tul berlalu.. tup2 dah masuk ry ke 5 today.. tp bg perantau cam uncle ni adakah setiap waktu rasa cam lama...anyway hope u do enjoy every moments..

p/s
yg jd marjina tu sarimah la uncle bukan nor azizah.. nor azizah tu yg kat gula hacks..

Uncle berkata...

Dear Olive Oil.

This is the first time I come across your name. Selamat membaca dan Selamat Hari-Hari Raya!

Uncle berkata...

Dear ML.

Memang cepat sungguh masa berlalu kan....tapi lambat rasanya Uncle nak balik KL. Ish....later I'll call MAS to book siap-siap! Heh3...

Oooo salah acctress ka? Patut masa Uncle tulis, dok rasa macam "gatai tapak tangan"...rupanya Sarimah! Yea jugak, Noor Azizah buat iklan Hacks dulu..."One for you, one for me and 6 for the family...". Ada banyak lagi gambar...tunggu sambungan cerita bulan depan!?$#...

Pak Zawi berkata...

Pastinya orang yang tinggal disini sihat belaka bab cukup excercise. Pak Zawi pasti tercungap2 naik tangga tu.

Uncle berkata...

Dear Pak Zawi.

Memang depa kurus melidi tapi kandungan gula, depa antara yang paling tinggi. Mana taknya, depa bantai BEPSI breakfast, lunch and dinner....

Bab tercungap2 tu, eh, saya pun sama Pak Zawi...

olive oyl berkata...

mcmana kesihatan uncle??uncle mama uncle nama apa?saya pun ada saudara duduk brown garden..leh tanya...

olive oyl berkata...

uncle uncle..saya bkn olive oil tp olive oyl..hehe...

Uncle berkata...

Dear Olive Oyl.

Mama Uncle nama dia Che Soo bt Mat Rejab. Rumah nombor 25 Lintang Permai 2, Taman Brown, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. Stem 30 sen. Kalu naik bas, ambik Penang Yellow Bus nombor 77. Nombor 77 tu mesti kaler hitam, kalau merah dia pi tempat lain..sampai last stop kat Tangga Batu depan kedai Pak Imam. Kona kiri jalan terus. Belok kiri lepaih jumpa rumah Bismillah. Jalan lagi 20 meter then belok kanan. Nampak Lintang Permai 2. Jalan terus turun bukit, ada rumah cikgu Hasnah. Lepaih Cikgu Hasnah ada rumah Mak Nya yang anjin selalu menyalak tengah2 malam tu. Lepaih tu baru rumah Uncle. Rumah kaler kunin ang-ang...depan rumah ada padang permainan. Sebelah tu ada court takraw. Sederet rumah Uncle hujung sekali ada rumah Yoga. Sebelah tu rumah adik Zainal Alam. Sebelah tu ada rumah Pak Husain Kapal.Amacam boleh bayang tak? Pergh...lega!

Uncle berkata...

Dear Olive Oyl.

Baru perasan ejaan tuh! Heh3...

olive oyl berkata...

tu dia uncle..siap bg alamat umah mama uncle...nanti jenuh makcik che soo nak kena pi post ofc beli setem utk balas surat surat dari peminat peminat ...
tq uncle sbb bg penerangan yg detail ttg mama uncle....nanti bila olive ke png..olive akan cari umah mama uncle sampai jumpa....
olive punya aunty ada duduk kat situ..tp olive tak sure nama penuh aunty olive.alamatpun olive tak tahu....olive panggil mami ah ja..suami dia nama shamsuddin..mami ah ni pandai buat karipap pusing pakai sprai(esh olive tak retilah nak eja)

abg angkat olivepun ada setaman dgn uncle..nama dia abg zack...uncle kenai tak??badan dia besar besar...ala ala santa claus..opss termengata lak....hehe...mama abg zack ni pandai buat popia basah...klu uncle ada email leh olive antar gambar abg zack ni..tah tah rakan sepermainan uncle masa kecik2...

arwah uncle olive lak stay kat betui2 depan post ofc gelogoq.nam dia abidin....
klu pi png..pagi2 mesti pi taman sardon breakfast nasi lemak fuad....mee sup ayam..nasi lemuning mami tanjung.....ada lagi satu yg famous pagi2..nasi makcik gelang byk...uncle besa tak mkn?
before ni olive silent reader di blog uncle..baru ja tadi register...

Uncle berkata...

Heh3...amboi pendek nya jawapan...heh3...actually nama olive tu memang kelasik nasional sebab arab panggey zaiton....ni Ton, Uncle nak habaq mai, cheq selalu pi pekena kat Taman Saadon ka? Uncle ada banyak cerita kat situ.....dulu selalu jumpa marka kat pasar malam Taman Saadon...heh3...jumpa kat "mee beresin!". Habaq kat mama kata nak pi pasar malam tapi pada hai pi jumpa marka...last sekali mama kirim ubi mengala pon Uncle lupa! Heh3....dok cerita...

olive oyl berkata...

haaaaaaa...nanti nak report kat makcik che soo aktiviti uncle di mlm rabu.....berdating dgn chombi penang......uncle belanja marka tu mkn mee beresin ka?apasal nama mee beresin???ada kaitan dgn selsema ka?atau ingredients dia letak....letak...hingus..hahaha

kenapa uncle tak masak mee beresin jamu arab arab kat sana

ton zaitun ok jgn ton merton...tak mau...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Lama Uncle tak dengaq merton! Memang sah takdak orang tao. Tapi Siti Tanjong mungkin tao pasai dia orang Tanjong!

Nama "beresin" tu pasai mee dia takdak apa...mee saja-saja....Sekali "beresin" mee dah siap....heh3...amboi Ton tao pasar malam tu hari Rabu no! Ton pon sama naik apa.....

olive oyl berkata...

amboi uncle......patutlah mami tanjung tu lari...blind date uncle ajak mkn mee kosong ja..nak save bugget ka uncle..hahahha
unik nama mee bersin ni..kat sini klu mee kosong org sini panggil mee tadika....

mama uncle tak dapat hidu ka anak dara nya.. eh silap..anak terunanya lesap setiap mlm rabu??dating sampai terlupa ubi benggala...
uncle jumpa aunty masa uncle kerja kat jepun ke??sedih laa tgk gambar marina yg time marina tak tahu nak antar uncle gi airport tu.abg abg semua muka sedih...time tu marina pakai gaun putih ... nitis tau air mata che mami ton...

Uncle berkata...

Dear Mami Ton.

Jangan mami ronyeh sudah! But anyway, nampaknya Ton tak baca cerita Uncle dari mula ni....kalau Ton baca mesti Ton tau kat mana dan macamana kami jumpa...

Uncle sampai la ni tak boleh nak tengok gambar tu sebab Uncle pun sedih jugak. Marina pulak la ni pandai cakap. Bila skype, dia nyanyi lagu "katak" lah...tension Uncle...

olive oyl berkata...

uncle..ton ni tak ronyehlaa uncle..dan ton ni tak tompiang mcm kereta kawan uncle yg dera kambing tu...

ton tgh mula baca setiap blog uncle ni...bagi ton masa utk khatam ok...nanti bila dah khatam ton cerita semula kat uncle ok....
sedihla...bubuh nama sikit punya glamour last2 jadi tinggai ton..

anak uncle yg lelaki pun hensem...kenapa uncle tak bawa aunty dan anak anak ikut tinggal di mekah...ton tak leh la tgk gambar marina..ton jadi sedih...
dapat gambarkan dari wajah marina...yg marina miss kat uncle..

Uncle berkata...

Dear Ton.
Tu lah sorang-sorangnya anak perempuan Uncle. But anyway, nama Ton tu memang kelas.....Uncle kan geng boria, jadi dia cepat pusin....sekali tengok-tengok nama dah jadi lain!

Kalau Ton baca cerita dari mula, Ton akan perasan yang bahasa dia agak lain sebab yang tu Uncle baru start. Tak dapat "feel" lagi, bak kata Fauziah Latip! Lepas tu bahasa Uncle lebih relax dan santai dan Uncle harap dapat diterima pakai oleh setiap makhluk. Cakap pasal makhluk ni Uncle teringat ada sorang budak Sabah...nama dia, "Makhlok Asin anak Bolan"...sungguh tak tipu ni!

olive oyl berkata...

dear uncle..

hahaha takutnya dgr nama... makhlok asin anak bolan..tah tah mak makhlok ni tak dapat mkn telur itik masin masa mengandung,sbb tu dia abadikan nama asin sebagai nama rasmi anak nya....

ton paling suka tgk gambar cekodok atas cake uncle tu..uncle mmg kreatif....

olive oyl berkata...

uncle..sejak kehadiran ton dalam ni....habis jd caca merba blog uncle...

Uncle berkata...

Dear Ton.

Cheq suka chok kodok? Nanti Uncle buat ketayap pulak, amacam?

Uncle berkata...

Dear Ton.

Carca-marba pon Uncle suka sebab rasa macam "darrrcha". Ada posting dulu Uncle cerita pasai "Darrrcha" dengan "Parpu"....banyak cerita ada! And again, these are all real live stories...enjoy reading...nanti malam Uncle buat entry baru, kalau teringat..heh3...

olive oyl berkata...

dear uncle shahrir..

klu nak jd org png kenalah mkn nasi parpu dgn dalca...hehe...nanti uncle buatlah entry cara cara melenggang ketayap...hehe.boleh kami belajar....
arini ton puasa.ahad ni ton raya lagi....ton lani dah mcm popeye yg lemah tanpa spinach...
uncle dah lunch???
bulan mei aritu ton gi umrah dgn family..

Uncle berkata...

Dear Ton.

You know what? The best part is, i've been addressing you as Ton and you pulak macam nama tu dah nama betoi...by the way, Ton ni actually nama ap? Tu dia....baru nak tanya!

Mai umrah? Awat tak habaq? Ton dok tang mana? Zam2? InterCon? Meridien? Hilton?

Amboi Raya sunggoh no....jangan tibai pi semayang Raya lagi sudah....nanti depa kata ni belah2 matahari apa!@#$%

olive oyl berkata...

assalamualaikum uncle...

nama sebenar saya tak ada langsung sebutan ton..ni 1st time ni pi jadi nama ton...tu la,saya pun jadi sedap pula berbahasa diri ton..hahahaa..jadi uncle patut berbangga sbb uncle yg bagi nama ton ni..

alhamdulillah parents saya selalu bawa saya pegi umrah..tp masa mei aritu ton tk tahu lg ttg uncle...uncle doalah bg ton dapat pergi lagi tahun 2010..boleh jumpa uncle bawakan ikan kering,belacan.petai utk uncle...tp uncle jgn minta mee beresin dah la..ataupun rempeyek zaharah.hehe....

selalunya ton duduk kat hotel lupa nama lah uncle..tp hotel tu betoi betoi depan masjid..masuk ikut pintu king aziz dan hotel tu berwarna biru.darul tauwid kot..darul tahjudd kot uncle...mana mampu nak duduk hotel uncle..semlm ja sampai 10000 dollar......

Uncle berkata...

Dear Ton.
Ton adalah salah sorang yang paling bernasib baik sebab dapat kesempatan selalu mai Mekah. Bukan senang orang dapat peluang. Susah depa dok simpan duit nak mai. Good for you! InsyAllah Ton akan mai lagi nanti.

Hotel Uncle ni memang betoi2 kat depan King Abd Aziz Gate. Maybe hotel yang Ton duduk dulu adalah tapak pada hotel kami la ni sebab hotel tu dah dirobohkan untuk projek hotel ni. That's like 2 .5 years ago! La ni tengah murah ni..mai lah...mai lah...dulu tapak ni ada hotel nama Aziz Kougar. Uncle tak sure spelling dia...but it's the same site!

olive oyl berkata...

uncle ton tersilap uncle..bkn rempeyek zaharah..tp mkcik zaharah tu driver bus uncle...rempeyek favourite uncle kt pdg bola henry gurney punya pavillion...dok tgk baca entry uncle tahun 2008..

laa uncle..hotel yg ton duduk dah kena robohka uncle???ton dah tanya ayah ton..hotel tu nama darul tauhid.tepi hilton....laa sygnya klu kena roboh sbb hotel tu cantik...ton mmg bersyukur sgt sbb dpt jd tetamu allah ke sana..uncle lg beruntung dpt tinggal di sana..jelous tau....

Uncle berkata...

Dear Ton.
Correction. Kalau Darul Tawhid InterCon, memang masih dok tegak berdiri lagi. Memang sebelah Hilton dan tepi tu ada stesyen bas macam kat Prangin Road! Belum roboh lagi tapi akan dirobohkan tak lama lagi dengan Hilton untuk Jabal Omar Project yang company Malaysia pun ada involve sama. Salam kat ayah Ton sama na..

olive oyl berkata...

ya ya betul..hotel Darul Tawhid InterCon ..warna biru tingkap dia..uncle..jgn la bg depa runtuh.byk kenangna kat hotel tu..esh klu la ada superman..leh mintak tolong angkat hotel tu mai letak kat brown garden...sayangnya byk dah bgnan kena roboh...
kaya noo raja negara uncle ni...

kalau ton kuat ton dah usung bangunan hilton tu mai letak kat sini...usung sekali dgn bindawood.sedihnya nanti dah tak leh tgk jam omega besar kat atas bangunan hilton tu...betoi mmg ada stesyen bus.berdebu sikit jalan kat tepi stesyen bus tu..bahang dgn asap bus..tp bila azan ja..sempat lagi turun lif belari lari ke masjid...

salam uncle mcmana tah nak sampaikan...nak kata lagu mana?hj shahrir director of food and beverage al safwah orkidka?

Uncle berkata...

Dear Ton.
Lambat lagi kalau depa nak runtuh pun. Mungkin 1-2 tahun lagi..memang ada jam omega kat ataih hilton tu. Tapi dia lambat seminit! Oooo Bin Dawood pun ingat jugak? Baguih sungguh daya ingatan Ton..periksa mesti dapat nombor 1 ni...St. George's ka? Tak pun Han Chiang!

Ton nak sampaikan salam apa? Sapa bagi salam? Sapa nak sambut salam?

olive oyl berkata...

morning uncle.....
wake up uncle...subuh..hehe
ton sekolah atap pucuk pisang ja uncle..
kalau pegi mekah..2,3 day before nak balik malaysia mesti rasa sayu...uncle tolonglah doakan ton ke sana 2010..nanti leh ton belanja uncle mkn icecream 4 flavour kat area masjid kucing...

Uncle berkata...

Dear Ton.

Sorry yang ni pun Uncle terlambat nak jawab sebab Uncle dah terlajak entry. Selalunya kita macam tulah...memang sedih nak meninggalkan Mekah, apatah lagi Masjidil Haram yang ada kiblat kita!Uncle selalu dok doakan untuk semua.

Masuk Ton dah 3 orang nak belanja aiskrim ni...dah jadi 12 flavors! Kelas...

olive oyl berkata...

ok..klu mcm tu ton belanjer uncle cucumber juice...save bugget ton...hehe....

Uncle berkata...

Dear Ton.

Jadilah...ada jugak orang nak belanja! Horr liao!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...