(aku dan anak santorian. yasin santorian!)
(eh ada telur pulak!)
(hotel manager tengah goreng telur)
(front page arab news today)
(berlenggang ke Haram untuk asar)
Aku tengok occupancy hari ni, mak aii...graph dia dah tak turun dah. Naik lagi tinggi, adala! Ngeri ni...ngeri...Ala...tinggal berapa hari saja lagi ni pun...hari minggu nanti habis lah..ni dah nak masuk gear 6 ni!
Selalu bila aku bangun tidur mesti rasa malas ya'amat. Tapi bila dah start kerja, aku dah tak boleh stop pulak. Memang amazing race!Problem is, bila dah terlampau letih, aku pulak tak boleh nak tutup mata. Dok kelip-poq, kelip-poq sampai pukul 7 barulah terlelap. Hari tu aku tengok Abang pun serupa. Dia memang boleh tahan berjaga kalau bagi tengok tv. Tapi kalau suruh baca buku, hmmmmpukul 9 malam dah ngantuk sangat-sangat dah! Mata sampai juling!
Kat sini tak kedengaran lagi bunyi mercun ataupun kelihatan budak-budak dok main bungaapi. Bukan pasal apa, depa takut kebakaran. Memang masalah besar kalau berlaku kebakaran kat Mekah ni. Maklumlah kawasan tumpuan dari seluruh dunia. Bayangkan sekarang ni berjuta-juta manusia ada. Jadi tiap-tiap hari kat bawah jambatan, tepi terowong dan semua kawasan lapang akan dipenuhi dengan kereta-kereta bomba. Ambulance banyak dan polis pun ramai. Alhamdulillah belum ada kejadian kebakaran lagi berlaku.
Semalam aku sempat masuk kebeberapa blog. Sangat menarik. Berilmiah.Perspektif yang berbeza dan cara penyampaian yang menghiburkan. Ada satu blog tu dok cerita pasal anak-anak dan cucu-cucu dia. Betapa depa sangat merindui anak-anak dan cucu-cucu dan betapa cepat masa berlalu. Gambar-gambar lama pun dilekatkan sekali masa anak-anak tu masih kecil da sekarang dah mempunyai keluarga sendiri. Aku jadi sedih bila baca blog tu sebab aku tengah melalui "proses penapaian" yang sama. Anak-anak aku membesar tanpa aku. By the time depa besar nanti, aku masih tak tahu kat mana aku akan berada. I'm going to miss seeing them growing up. Aku rindukan anak-anak aku..."Selamat Berpuasa"
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Selasa, September 15, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
9 ulasan:
adehhh.. "kelipoq2" la plk ayt uncle.. rindu btui ngn kg..
btw.. thnx fr ur cmmnt uncle while viewd my blog.. thnx a lot..
fr sure ur kids pn rindu uncle sesgt gk..
Memang rindu gila kat depa. Apa nak buat, dah kerja macam ni. Apa2 pun thanks for the iftar sms....ni baru dapat duduk sat. Satgi 10.30pm - 12am perang lagi, then rest sat...pukoi 3.30am - 4.30am gempa bumi pulak! Heh3...lagi 4 hari nak habis posa...counting the days mate!
rindu family ye... tapi at least uncle ada cucu angkat tu haa, anak santorian tu :)
Dear KOG.
Mestilah....cucu santorian...cute giler!
Dear KOG.
Mestilah....cucu santorian...cute giler!
uncle..blog mana uncle masuk tu? saya pun nak skodeng jugak..
Dear Pinat.
Blog ni memang best sebab dia membantu anak-anak yang kurang berkemampuan sampai depa berjaya. Go to "Almanar". You'll understand what I mean...kalau tak jumpa, go to "Laisi" and scroll down. You'll find it among all the great bloggers..happy reading!
uncle, tolong picit pp anak santorian tue.mesti cute giler!!bru tgk gmbr, kalu tgk real2, mmg nk kena kidnap dgn sy nie..hehe..
Anak Santorian saja? Pipi Uncle sapa nak picit? Heh3...
Catat Ulasan