Ahad, September 06, 2009

15th Day Posa

(aku dah gila close up. Nasib baik tak gila colgate!)

(greek salad, close up jugak)

(chief steward aku tengah mengenang nasib....)

(apa nama tah bunga ni, aku snap saja..)

(pandangan Haram dari kejauhan..)

Eh-eh dah setengah bulan kita posa? Ada yang dah terlepas? Kalau belum, baguslah...aku pun setakat ni masih boleh bertahan lagi, alhamdulillah..Aku bernasib baik sebab berdisiplin tinggi. Kalau aku kata tak nak makan, orang kat depan aku makan jelah apa pun, memang aku tak kisah langsung. Makanlah 4 biji Big Mac ka, 11 biji Whopper ka, sikit pun aku tak kisah. Kat situ aku pandai control...So setakat ni, since Allah bagi aku kesihatan yang baik, baik aku berposa. Bayangkan kalau kita sendiri tak posa tapi marah kalau anak-anak kita tak posa....

Kat sini aku tak nampak lagi gerai yang macam Pasar Ramadan Taman Cahaya. Atau aku yang tak pernah keluar dari hotel! Semalam aku ronda dengan Chef Adil kat kompleks kat Al Safwah ni. Tak lah menarik sangat...tapi disebabkan aku dah boring duduk kat dalam hotel, aku ajaklah dia sekali. Pi tengok baju yang dikirim adik-beradik. Ok set, semua dah nampak. Cuma dok tunggu nak beli dan hantar. Itu saja. Bila aku nak hantar? Part ni aku tak sure...tahun depan kot..

Aku berkenan sangat bila tengok orang Morocco pakai jubah dengan kasut yang warna kuning ang-ang tu. Memang menarik! Siap ada penutup kepala lagi..Aku pesan kat Adil suruh beli dari sana. So, since adik-adik dia datang nak sambut Eid kat sini, aku pesanlah baju tu sekali. Made in Casablanca ooo....ada lagu tu....Kasut kaler kuning tu....tak pernah seumur hidup aku pakai kasut warna kuning! Next week bila barang sampai, aku snap gambar dan masukkan dalam entry baru aku, ok? Heh3...kira baju raya la tu! Harga dia, mak aiii....bolehlah tahan....ala, baju raya!

Semalam ada jugak jemaah dari Malaysia yang sampai. Seronok aku tengok depa makan. Berselera sungguh! Kalaulah aku pun berselera makan macam depa...bukan ka seronok? Tapi masalahnya,bila dah tiap-tiap hari dok organise makanan, dan tahu menu in and out, tu yang masalah tu...kalau pergi ketempat baru, ok jugak. Sebab makanan baru walaupun benda yang sama.

Suasana depan masjid nampak gayanya meriah sikit. Spot yang biasa aku ambik gambar ialah ada tiang jam tu sebagai landmark. Aku kalau nak jumpa sapa-sapa yang aku tak kenal pun aku akan sebut tempat tu. Senang nak cari. Kalau kat Tokyo, sebut saja Hachiko kat Shibuya semua orang tahu. Hachiko ni nama seekor anjing yang paling setia kat Jepun. Tiap-tiap hari dia hantar Tuan dia naik keretapi kat situ dan tiap-tiap hari dia jemput Tuan dia kat tepi stesen keretapi tu jugak. Macam tu lah tiap-tiap hari selama bertahun-tahun. Sampai Tuan dia mati pun dia tak ingat! Tiap-tiap hari Hachiko tunggu pergi dan balik kat stesen Shibuya tu selama beberapa tahun lagi. Disebabkan kesetiaan Hachiko pada Tuan dia, depa buatlah satu patung anjing yang bernama Hachiko kat tepi tu dan situlah jadi tempat pertemuan berjuta-juta manusia setiap hari. Ada sekali hari tu aku terbaca article kat paper, ada satu article cakap yang Hollywood nak buat filem pasal Hachiko tu. Aku ada cakap kat aunty pasal tu. Dia pun tak sabar nak tengok. You can "google" and read about Hachiko. Very interesting..."Selamat Berpuasa"

11 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

close-up! ubat gigi close up...

Tanpa Nama berkata...

trima ksih bebyk uncle sbb sudi melyn bdk2 tu..
maaf gnggu.. pa2 pn trima ksih bebyk..

Uncle berkata...

Darkie pun ada dulu! heh3...

Uncle berkata...

Takpa...takdak masalah langsung. Uncle pun happy sebab depa sanggup datang jumpa UNcle..take care!

pinatbate berkata...

salam uncle..
dah separuh bulan kita berpuasa..mudah-mudahan dapat terus menambah pahala berganda..mak abah saya berlepas mlm tadi..rak beraya kat Makkah Insyaallah..so tahun ni tak ada siapa nak masak rendang..balik kg rumah kosong..huhu!

ms.legolas berkata...

tentang kesetiaan hachiko tu, ms. legolas pun kanndousimasita.. dulu selalu juga machiawase ngan kawan2 kat situ.Shibuya.. harajuku.. natsukashi na..

p/s ms. legolas baru lps bc article uncle di BH...shoujiki ni iyuu to, tulisan uncle kat blog motto omoshiroi desu..

Uncle berkata...

Baguslah kalau beraya kat sini...kalau ada masa mai lah singgah....personally uncle rasa raya kat tempat kita lagi meriah sebab anak-anak ada....personally lah...

Uncle berkata...

Dear Ms Legolas.
Thanks for reading the article....kalau tulis kat paper, kenalah control sikit....heh3...about japan? natsukashi nee.....

Niza @ Anis berkata...

salam uncle.selalu menjenguk ke blog nih,tp jrg komen.hihihi.sbb dh drooling tgk uncle post pics makanan *slurpppppp.lap ayaq liyuq sat* hahaha =D

insyaALLAH kami skluarga nk tunaikan umrah ari kamis nih.if berkesempatan,leh jumpa uncle =D

Uncle berkata...

Dear Niza@Anis.

You are most welcome....please give me a call yea!

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

Seronok berpuasa di tanah suci.

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...