(tukang tuang air zam-zam)
(bunga ros close up)
(usop santorian lagi..)
(usop dan santoriannya!)
(apasal Malaysia tak hantar pisang kat sini?)
Memang busy sungguh hari ni. Bukan main-main lagi dah ni...memang sungguh-sungguh! Masa tengah dok tidur pun dapat call yang ada guest nak sampai. Kelam-kabut aku bangun. Nasib baik semalam aku pakai gel banyak. So bangun pagi tak payah sikat rambut lagi. Kasut pun tak bukak dari semalam..masih rapi dan line rambut pun ada lagi. Kelas...macam iklan Brylcream! Eh takkanlah tak mandi....suspense sikit.
Arrangekan bilik, organise itu, organise ini, VIP group datang nak tengok dinner table, function room, menu segala. Lama tak kerja kuat, sekali-sekala kena, pergh...nak tercabut kepala lutut! Orang kita punya dinner untuk Iftar tadi aku letakkan semuanya dalam private room. Senang sikit. Terasa exclusive. Keutamaan mesti pada negara tercinta. Aku sendiri yang jaga. Huh, PUAS! Hari ni memang ramai bukak posa. Masjid pun aku tengok dah penuh malam ni. Aku tengok siaran langsung kat TV sebab aku tak sempat nak ke Haram. Aku tanya kat sorang jemaah tadi samada dia berasa panas masa mengerjakan umrah lepas Asar tadi. Dia kata alhamdulillah..angin bertiup lembut katanya. Kelas..
Jangan terkejut kalau aku kata malam ni aku makan lontong buat kali ke 3. Heh3...apa pasal? Ada guest aku vegetarian...first day bukak posa aku buatkan vegetarian spaghetti dengan sauteed mushroom. Hari kedua, aku buat vegetarian pizza. Hari ni aku buat lontong. Malam tadi aku bisik manja kat telinga dia yang hari ni aku buat lontong. Dia happy...aku pun happy...Amy Mastura pun happy...dia cakap kat aku, "this is the best lontong i've ever had!" Aku pergi dapur cakap kat Dollah. Dollah sengih kat aku, aku sengih kat Dollah. Kami sama-sama sengih sampai ke telinga! Dollah tanya aku, guest tu nak makan apa lagi esok? Aku cakap tak payahlah sebab guest tu dah nak check out balik KL dah pun..."Dollah, kau janganlah nak drama lebih-lebih.." Dollah kenyit mata kat aku. Heh3...dalam pada tu Dollah sempat hulur kat aku sepiring ikan bilis dengan kacang yang dia goreng 2 hari lepas. Aku ngap kat situ jugak!
Esok ada live telecast dinner aku. Kat TV mana depa nak tunjuk, aku tak tahu lagi. Mungkin Saudi Channel kot..Alamak rambut aku dah banyak putih ni, janggut aku pun dah banyak putih..tadi masa kat dalam lif dari bilik masa nak turun restaurant aku sempat cabut 2 helai sebab takut nampak esok kat TV! Cuma dan cabut 2 helai. Nampak kena naik-turun lif 81 kali bari habis semua yang putih. Heh3...
Tak sampai 2 minggu lagi kita dah nak raya. Persiapan dah buat? Kuih bangkit, samprit, lapis sarawak, taik itik, semua dah buat? Seronoknya bila nak raya. Dengar pulak lagu Ahmad Jais ka, Hail Amir ka, DJ Dave ka, ish...terisak-isak aku. Aku pulak dengar lagu apa? Lynrd Skynd kot...tak pun Duran-Duran. Lagu famous tahun 80-an...ok, "Selamat Berpuasa!"
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Rabu, September 09, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
26 ulasan:
uban cabut 1 tumbuh balik 2, tahyul mana ni tak tau la... tapi kalau betul, lama² turun naik lif cepat botak, uncle!
Puih...puih...puih...dulu ustad dollah dengan ustad shafie tak pernah ajar pun! Kalau tak salah Uncle, mak timah kat depan rumah bismillah pun tak cakap macam tu. Heh3...Depa kata kalau tak nak putih, pi chat saja!
Best la blog uncle......
Nanti kalau saya nak pergi umrah ..boleh tak saya contact uncle.....
iDa.
Dear Ida.
Best ke? Thanks sebab cakap best. Ida lah sorang2 nya yang cakap macam tu...heh3...entah2 Ida sorang saja yang baca tak? Anyway, whenever you feel like coming, do let me know.
tul... saya pun setuju ngan aida... dah hampir 2 tahun saya follow... ada jerk cerita untuk dikongsi..... hotel mana yek uncle kejer...next ummrah leh ziarah....
Makin best la baca cerita2 uncle di bulan mulia ni...tapi saya tak boleh tahan la tengok dessert 4th day tu...Bila la nak dapat merasa...
Salam Uncle,
uban tak usah dicabut...biarkan ajer...putih mcm sultan perak gitu, nampak royal!
blog uncle memang la best sampai pagi-pagi saya dah terpaksa memikirkan kat mana nak cari lontong untuk buka puasa petang nanti...asyik teringat lontong, masuk kelas pun hampir-hampir nak ter ajar tajuk lontong..
Uncle,
sebab uncle, ms. legolas smlm belanja anak2 mkn pizza..pizza dominos manakan sama dgn yg uncle buat kan..
kira balik m'sia nanti, leh la uncle buka kedai pizza gak
p/s dollah dapur tu warga m'sia ye..
La awat tak habaq dah 2 tahun? Kalau tak boleh beli kek makan sama-sama macam Happy Birthday. Heh3...
Dear Yatissa.
Ooo tak boleh tengok yea, apa kata kalau Yatt baca blog ni sambil tutup mata?
Dear KN.
Dia takpalah, dah memang royal....saya ni? alahai...lepas raya kena chat jugak!
Dear SS.
Apa kata kalau mengajar sala-silah lontong, sejarah kedatangan lontong, kesinambungan lontong dalam memperkukuhkan ekonomi penduduk setempat dan jugak perebutan kuasa didalam jawatankuasa lontong? Mesti menarik!
Dear Ms Legolas.
DD tu banyak warganegara. Dah duduk sini berbelas-belas tahun...tapi masih ingat resepi lontong dan kari ayam!
ahiksss.. iklan brylcream tul la uncle ni.. siap trpacak2 tu..
tp apa2 pn.. lontong bang dollah tu mmg da best la..
klu de rezeki p sana, xmau eh mee sup ka lauk len kt d'saji tu ka pa ka.. nk lontong tu jgk.. ahiksss..
bab uban tu xdk hal la uncle.. jnji ati muda trang tang2 gitu2.. hua3..
Kasi botak je le.Org kata lps tahalul.
Salam bro..
Amy Mastura mai ka?? Dia dok bilik mana?? 2013 ka?? Teringat aku kat bilik tu..entah bila la pulak nak dapat dok lagi! Sini sekarang pun sonyap yo...Chiow
Salam Uncle
You are so funny...
Naik turun lah lif 81x... nak cabut uban kat janggut.
Rina dah imagine... hahaha
I like yr writing - ada selit2 humour. Perhaps that character in you keep you less stressed out in yr hectic job. Seems hectic to me.
Keep blogging.
Cheers!
Rina
(aka no longer yr silent reader)
Hari ni Dollah terlebih rajin...dia buat gado-gado pulak!
Yang tak best tu bila lepas botak, yang naik semua putih! Dah second phase!!!
Taklah...amy mastura mana ada, kan dia nyanyi lagu Happy...aku pun tumpang la sekaki! "Janji Kita...Happy!"
Dear Rina.
Good to know you. Kalau kat KL boleh ajak minum dengan aunty W sekali. Aunty pun suka teh jugak...anyway, keep on reading! Horr Liao...
Uncle ni mesti miss kat Aunty... kan ?
Bawak la Aunty & kids pi Saudi masa Raya ni.
Dear Rina.
Yes of course I missed her dearly and the kids too. InsyAllah nanti try bawak depa jugak!
uncle;
uban tu signal yg pakcik dah kayo!
Uncle...
ms. legolas teringin nk makan lontong pulak..
uncle ni kalau letak kat bhgn promosi mesti semua barang blh laku..heh3
Catat Ulasan