(display kat lounge)
(VIP sampai masa VIP dinner)
(semalam coq kodok, hari ni aku letak tepung talam pulak!)
(tu dia...kain rentang sambut aku)
(charity organisation)
Dah 3 minggu genap kita berpuasa. Guest aku sampai lambat hari ni dari KL. Banyak jalan ditutup. Masuk dari Jeddah, delay sebab sini dah weekend. Then nak masuk Mekah jalan ditutup lagi di Kudai. Last-last semua tersangkut! Last guest aku cuma dapat check in pukul 4 pagi! Tu dia aih....punya lama...
Aku pulak semalam kepala berdenyut-denyut pulak. Telan ponstan sebijik, lega after 2 hours. Bukan pasal makan tapi pasal tak cukup tidur. Aku tahu sangat. Sebelum makan ubat, aku telan yoghurt sepeket. Kalau tak, tekak nanti rasa meloya. Pukul 5.30 pagi baru aku terlelap tadi.
Esok aunty ada bukak posa kat KDE. Depa pi situ sebab kawan Jepun dia ajak bukak posa. Jepun bukak posa? Biar betul ni...setengah-setengah kita tu tengahari dah bukak posa! Jangan macam tu yea....
La ni aku tengah tunggu waktu Isyak. Restaurant dah lengang sebab semua dah pergi Haram. Semua restaurant aku bukak. Aku ada 6 buffet hari ni. PUAS! Kelam-kabut kitchen buat preparation. Lounge ada 2, restaurant ada 4. Semalam aku turun kat D'Saji untuk minum teh. Punyalah ramai orang kat situ. Semua dok tunggu teh. Memang laku....pekena teh segelas, jumpa ramai pulak professionals yang datang umrah. Ada kerja bank, ada kerja hospital, ada kerja audit firm...meriah...sembang-sembang sat, bagi kad aku kat depa. Kalau nak mai Mekah talipon lah aku yang sentiasa menunggu ni...
Malam ni katanya barang aku sampai. Apa lah gamaknya yea...suspense lagi ni. Tadi masa sembahyang Jumaat orang dok merata-rata. Sampai masjid kami kat hotel pun penuh. Sempat jugak aku menyelit masuk. Menguap hau-hau.....kalaulah dapat bantal, memang sah aku terlena kat dalam masjid tadi! Khutbah tak berapa panjang tapi aku rasa mesti mengasyikkan pasal peringatan untuk kita umat Islam sebab Tok Imam terisak-isak menangis. Kalaulah aku faham, aku pun mesti terisak-isak jugak kot rasanya. Tak pa...esok lusa pandailah aku cakap Arab!
Tak silap aku lusa ada meeting dengan all Malaysian professionals yang dok ada kat Mekah dengan Jeddah. Mesti meriah. Aku nak attend jugak sebab boleh net working. Penting tu! Kepada semua, sekali lagi, "Selamat Berpuasa!"
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Sabtu, September 12, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
8 ulasan:
Salam Uncle
You are back.
Hmm it sounds what a hectic life you have there.
Have a rest ler Uncle.
Cheers
Rina
p/s Don't forget that Moroccan dress eh? hihiii
Yes it is a very hectic schedule but I love every second of it. I love meeting people and most importantly, I love my job. Pasal tu family tak bawak sama...
sian guest tu kn.. kira lama la jgk dok tgu jammed tu ek..
dh tu ada ka jepun bkak posa ni uncle.. ahiksss..
teh kt d'saji tu org pompuan sy kata mmg best.. smpai la ni pn dok trigt2 la.. ahaksss..
mnguap hau2 tu.. mmg best la uncle ni.. seb bek tok khatib xbhnti tgk uncle.. hua3..
t krm slm suma2 ek uncle..
wah uncle!
persidangan Kementerian Wakaf ker? kellasss!!
Memang depa ada bukak posa. Mesti meriah kan? Tadi lepaih minum teh terserempak pulak dengan Azam yang dulu bagi serondeng tu...sedap oooo
ingat nak pasang 1 la display case desserts tu kat rumah... orang datang raya tunjuk-tunjuk je nak apa, ok kan?
Dear Pinat.
Telahan anda benar belaka! Pasal tu Imam Haram pun ada. Memang kellass!
Dear KOG. Awesome. What a brilliant idea. You're a genius! Pergh macam2 tuh! Tapi eloklah jugak kalau ada display kat rumah. Letak samprit...loyang, putu bambu, tart nenaih...kelas! Jangan lupa price tag dengan kata2 Cheng Ho dulu..."nice to see, nice to hold,once touched, considered sold!"
Catat Ulasan