(buffet counter kat lobby)
(ooo azzad baca paper yea...bukan nak tangkap lalat! siap dia...)
(ni yamin..cashier aku yang pemalu!)
Horey...dah 25 hari! Ada lebih kurang 5 hari lagi nak berperang! Alamak, apa yang adik-beradik aku pesan, nanti aku nak kirim kat kawan aku yang nak balik KL cuti Raya. Takpa, sekejap lagi aku turun bawah pergi cari baju yang aku dah tenguk hari tu. Part baju perempuan ni aku memang tak reti nak beli. Cakaplah 21 kali pun memang aku tak reti nak beli jugak! Kaler apa, saiz apa, fashion apa, semuanya selalu tak kena. Kalau depa pakai pun sebab kesiankan kat aku yang dah terbeli, jadi sebabkan kesian, depa pakailah bila aku ada. Maka dengan itu, aku selalu tak beli apa-apa kat orang. Heh3...
Malam ni pun bukak posa dengan sahur dah jadi macam kenduri kahwin anak sulung Tok Siak. Taklah ramai...cuma 1000 orang iftar dan 1000 orang sahur! Kepada yang tak berapa faham macamana "proses fotosintesis" ni berlaku, baiklah aku cerita sikit kat sini. "Mr Yap, don't angry me aaahhh...solly aahh.." Mr Yap ni cikgu Sains aku masa lower secondary dulu. Kelakar habis dia ni...Bukak posa sini dah bertambah awal. Mungkin 6.25 kot hari ni. Aku tak check lagi tapi macam aku bagitahu dulu, berduyun-duyun depa akan keluar ke Haram. Kat tempat aku ni, senang, sebab ada 22 lifts semuanya. Tak macam tempat lain yang ada cuma 2-3 saja. Kepada yang sempat ke Haram, takpalah sebab ramai orang bersedekah untuk berbuka puasa. Tapi pada yang tak sempat nak kesana, depa akan berkumpul kat lobby hotel sebab aku dah sediakan Arabic Coffee, tamar, air sejuk, kamarudin dan tamar hindi. Serba lengkap untuk melapik perut. Lapik perut tau, bukannya kenduri kahwin Cik Tipah!
Lepas perut dah berlapik dan berlapis, depa pi sembahyang maghrib. Habis maghrib, maka masa tu lah berlaku satu pergelutan yang maha hebat untuk merebut makan kat kedai kopi aku. Nasib baik belum ada yang cedera parah walaupun ada yang patah leher dan tulang rusuk sebab kena baling dengan tulang kaki unta sebab berebut meja! Heh3...selalunya tetamu aku masuk kedai kopi sekitar jam 6.45pm dan terus makan sampai pukul 8 malam sebelum depa bergegas pergi ke masjid untuk bersolat Isyak dan Terawikh. Sampailah pukul 10 malam. Lepas Terawikh, lounge aku pulak bergegar sampai pukul 12 malam. Tempoh itu saja semalam aku dah jual 70 pizza. Zuhail yang buat. Wife dia mesti risau sebab malam-malam dia dok mengigau panggil "Margharita"...Pukul 1 sampai 3 pagi depa sambung sembahyang kat masjid manakala kami kalut buat preparation untuk sahur pulak. Tepat pukul 3 pagi, serangan kembali lagi. Sampailah pukul 4 pagi sebelum aku pergi ronda semua tempat termasuklah cold kitchen, hot kitchen, butcher, pastry, lounge, stewarding, restaurant, back area, staircase, office, room service, check vip list etc. Pukul 4.30 pagi aku makan yoghurt satu, minum air sikit, tunggu subuh. Lepas subuh, tidur. Ok, esok kita cerita lagi. "Selamat Berpuasa"
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Selasa, September 15, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
18 ulasan:
Assalamualaikum,
Boss, 22 lifts? huyoo...Room Service mesti cepat macam roket ni...hehehe...Selamat Berpuasa...
byk gk ek step2 dlm proses fotosintesis uncle ni..
jenuh gk tu nk igt klu msuk peksa..
mlahan rmai agen2 yg trlibat.. ahaksss..
slamt brposa uncle..!!
Memang meriah lif kat sini. Besar pulak tu. Kalau cilok masuk satu lif sampai esok pagi Zainal Sharif cari tak jumpa...heh3...how's the cigar going mann?
Memang banyak sungguh proses "penapaian" tu..letihlah jugak nak ingat step dia...btw, are you in itm shah alam? Uncle ada banyak cerita kat situ...interview hot cat dulu pun sama dengan anuar zain! Then lawan rugby dengan Sarawak pun kat situ! Pergh....tapi tu cerita 20 tahun dululah...sekarang ni 2.5 minit pun dah semput!
Habis Ramadhan, uncle boleh relaaaax...no more marathon! anyway byk pahala uncle dpt kerana menyediakan makanan utk orang2 yg berpuasa tu..walaupun mereka makan tu berbayar!
Banyak pahala ka? Horey...horr liao! Nak cover balik dosa dulu tu...KN take care, eat well dan kirim salam saya buat seisi keluarga!
Macam best jer baca.. proses fotosintesis tu.. :) tapi entry ni, tak gambar makanan..
Selamat berpuasa.
La...nak gambar makanan ke? Ok nanti bila ingat, Uncle ambik lagi yea...keep on reading!
kat astro channel arab tu rupanya ada live solat maghrib jugak, kalau weekend tak kerja je dapat tengok
live broadcast tunjuk kawasan dalam masjidil haram je, hotel² sekitar tu tak tunjuk, kalau tak dapat jugak tengok anak buah uncle bagi² food kat makcik turki depan pintu hotel kot ;)
Dear KOG.
Nampak tak Uncle? Ada kat tepi tiang tu...makcik2 turki tu memang ganas giler...mengalahkan piranha!
Salam Uncle,
Kalau iftar and sahur dah 1,000 pax, musim haji agak2 bertambah berapa kali ganda??
ye.. sy kt uitm shah alam..
insyallah.. got less thn 3 mnths ja lg fr graduation..
byk cita ka uncle.. cita pa nya..??
la uncle kat itm shah alam ka dulu
az(shah alam)
Dear DadaIQ
Haji nanti expected dalam 2000 semua meal period. Tapi semalam Egypt baru cxl all jemaah! Sama dengan Tunisia and Iran. Habislah this year!!!
Dear UP.
Biasalah cerita masa muda2.....tapi Uncle bukan kat situ. Interview kat situ tapi depa hantaq pi Dungun!
Taklah...Uncle kat Dungung dulu. Cuma banyak kenangan kat Shah Alam tu. Ramai member2 masuk situ dulu buat KPP sebelum fly...
lif punya byk pon jem??..waa, mesti lif besaq mcm lif ikea nie..ley muat ramey ramey..smp x jln..
Tu la dia...ni kira yang paling banyak dalam Mekah ni...memang buleh bawak rombongan Cik Kiah!
Catat Ulasan