(posing dengan baju baru)
(family photo)
(eh-eh ada lagi family photo - baju Marina, aunty jahit sendiri!)
(lepas makan laksa dan dapat angpow)
(beraya kat HQ Kak Anne)
Semalam walaupun hotel dah agak lengang, aku masih tak lengang. Pukul 5 pagi aku dah turun check persiapan untuk breakfast. Aku dah siapkan meja kat lobby untuk guests menjamah sesuatu waktu depa balik dari sembahyang Raya. Kacang, biskur, kuih Arab dll. Penuh 4 meja aku letakkan kat lobby. Untuk kanak-kanak aku sediakan beratus-ratus toys dan untuk guests wanita aku sediakan bunga ros. Tak sampai satu jam, semua dah selesai. Yang tinggal cuma meja kosong...lepas tu aku berambat kat restaurant pulak. Masih ada 800 guests yang nak breakfast. Dalam pada tu aku dapat sms yang family aku kat KL dah siap nak bersiaran langsung melalui skype. Aku lari naik bilik pulak. Sempat bersembang dengan mama, Kak Anne (President Persatuan Haji Ali), Kak Lit dan lain-lain. Sedih jugak bila tak dapat bersama dengan keluarga. Ni satu lagi pengorbanan aku untuk family aku. Cari rezeki ditempat orang...mama nampak sihat tapi kurang ceria kalau nak dibandingkan dengan dulu. Mungkin letih travel dari Penang ke KL dengan kereta. Kalau kita yang dah umur lebih 40 tahun ni pun sakit belakang, apa lagi mama yang dah lebih 70 tahun!
Mana anak-anak aku pergi semalam? Depa horey-horey kat One Utama. Aunty selalu jarang berjalan. Jadi kesempatan ini, aunty bawak anak-anak pergi window shopping dan jalan-jalan kat One Utama tanpa aku. Depa seronok pergi main kat sana. Marina katanya naik gajah yang masuk RM2 tu pusing satu One Utama. Ni bukannya Kuala Gandah...gelak mengekek-ngekek! Aku dapat bayangkan yang Marina happy sangat-sangat. Abang dengan Yuya pulak pergi main kat tempat lain. Kalau aku ada pun mungkin aku duduk kat Coffee Beans ka sambil tunggu depa habis main. Letih aku nak jalan banyak-banyak.
Semalam aku pergi gunting rambut kat lobby. Lepas habis set-up untuk dinner, aku cari peluang nak gunting rambut aku yang dah panjang tak selesa ni. Nak chat rambut aku ingat this Saturday lah kot sebab Sunday nanti aku nak ambik off. Dah 5 minggu tak cuti ni....apa aku nak buat on Sunday? Aku nak bermalas-malasan. Apa aktiviti malas tu? Breakfast kat bilik, tengok TV3 News, baca paper online, baca blog yang aku terlepas baca sebab busy, baca buku dan semestinya tengok JDrama. Kalau rajin, aku keluar sekejap dengan si Samir yang bawak aku pergi umrah hari tu. Bila dah ada family ni, aku malas nak keluar sorang-sorang. Tak semeriah masa bujang dulu. Dulu kalau off selalu melepak kat Cafe lah.... tengok wayang lah...pergi ke tempat-tempat hiburan lah...sekarang ni aku cuba tinggalkan sikit-sikit sebab rasanya dah kurang sesuai untuk aku tempat-tempat yang macam tu. Baik aku melepak kat MPH ataupun Borders. Lagi banyak faedah.
Ni aku baru lepas breakfast dengan bos aku. Kejap lagi pergi check lunch pulak then dinner aku ada 200 pax. Meriah di Hari Raya ke-2! Aku jengok jugak blog-blog yang lain.Kebanyakkan masih bercuti Raya. Tak pa....minggu depan jangan lupa tulis yea sebab aku nak baca blog masa aku off nanti!
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Isnin, September 21, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
4 ulasan:
Yooooo Uncle dear ding donggggggggggggg, buka pintuuuuuuuuu nek mai beraya niiii:))
Selamat hari raya maaf zahir & batin, kalau ada tersilap kata terkasar bahasa selama meninggalkan komen2 kat sini ya, wokeyyy 0-0, yehhhhhh
Sorry uncle since be4 puasa aritu nek was very very the bz macam uncle gak, tak sempat nak rempit2 merayap ke sini
Take care, insyallah nanti nek mai lagi ketuk pintu:)
Dear NR.
Pasal lama tak dengar cerita lah buat Uncle pergi ketuk pintu tuh! Heh3...
salam
selamat hari raya uncle.. pasti uncle merindui famnily sekarang.. dah makin besar abang,yuya dan marina.. untie pun makin mengancam.. hehhehe
tabahkan hati.. kuatkan semangat..
Dear ML.
Memang sentiasa teringat kat depa. Apa nak buat!
Catat Ulasan