(Yahya tengah pikir, berapa unta nak jual utk hantaran?)
(nazrul islam, steward aku tengah polish chafing dish)
(most eligible bachelor in Mekah)
(fruit salad..)
(Masjidil Haram di pagi Raya)
Semalam tekak aku mengganas lagi. Laju aku mintak tolong budak aku pergi belikan ubat kat Al Nahdi Pharmacy. Nasib baik ada pharmacy kat bawah hotel ni yang dibuka 24jam dan nasib baik jugak sebab aku tahu ubat apa yang aku perlukan. Kalau aku jadi doktor, kan ka senang? Aku beli Panadol Actifast dan Augmentin. Kira ubat raya la tu! Mahalnya Augmentin. SR79 sekotak 20 bijik. Lebih kurang sama dengan KL. Hari ni rasa lega sikit tapi tekak masih lagi panas...aku pikir-pikir balik, aku tak ada pun makan lemang, rendang, nasi tomato yang semuanya berminyak tu. Mungkin weather lah kot dan kekurangan air dalam badan. Lagipun orang masih lagi ramai walaupun dah nampak berkurangan.
Semalam jugak aku ambik gambar cashier aku yang sorang ni. Nama dia Yahya. Memang baik hati dan kelakar. Rajin kerja budak ni, tak sama macam Badu yang lain-lain. Dah bertunang dan nak kahwin tahun depan. Dengan Yahya nilah kami selalu bertukar-tukar bahasa. Dia ajar aku cakap Arab, aku pulak ajar dia cakap Orang Putih. Cepat pick-up betul budak ni. Sampai masa aku nak balik malam tadi pun dia tanya kat aku, "How are you, Sirrr?". Selalu jugak Yahya ajak aku keluar malam. Dia cakap, "Sirr, we go hookah, ok? Hookah good!" dan bila dia tak nampak muka aku satu hari, next day tu dia tanya aku, "Sirrr, where is you?" Aku bantai tergelak dengar dia cakap. Tapi aku respect Yahya ni sebab walaupun semuanya tunggang-langgang tapi dia tak tahu malu. Orang macam nilah yang cepat belajar nanti....ada banyak unta ni....dia ajak aku naik kereta dia tapi aku takut sebab kereta dia dengan kereta samir dengan kereta usop santorian, semuanya dekat-dekat sama. Semua bahagian kena ikat tali rafia!
Sorang lagi budak steward aku. Nama dia Nazrul Islam. Bagus jugak budak ni. Pandai tonyoh ni...semua chafing dish dia tonyoh sampaikan fire extinguisher kat dapur pun dia tonyoh sekali. Calon terbaik untuk tonyoh kuali Cik Bedah lepas kenduri kahwin anak dia yang ke 9! Nazrul tak banyak cakap bila jumpa aku. Tapi bila jumpa kawan senegara, aku kena suruh dia tone down sikit. Sebab dia tak boleh stop bercakap. Bakal pengganti Karam Singh Walia ni kat Bangladesh nanti. Heh3...
Chef Jawed dah tunjukkan skill balik. Aku cakap aku nak gppd presentation lepas Ramadan nanti dan semua presentation mesti dalam small quantity. Aku tunjukkan gambar-gambar dari Dubai. Dia kata no problem. So, tu lah hasil Chef Jawed lepas dapat idea baru. Tengok lah hari ni apa pulak dia nak buat masa buffet nanti. Aku tak sabar nak tengok dan bagi idea baru kat dia.
Di pagi Syawal yang syahdu, masjid penuh sesak. Ramai manusia pergi bersembahyang kat Masjidil Haram. Masjid di hotel kami pun penuh sesak sampai terkeluar masjid. Kaki lima jangan ceritalah...memang tak cukup tanah jadinya. Seronok tengok keadaan kat sini.
Aku tak cuti lagi ni....amboi bloggers semua cuti tak habis-habis lagi ka? Blog hangpa semua dah bersarang tu....jangan lupa update no....
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Rabu, September 23, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
2 ulasan:
salam uncle..
taj, adaaa... hari ini dah start keja.. cuti dah abis, so pandai2 la nooo..
kita senasib la uncle... tekak pun duk buat hal gak,dah selsema, badan pun dah sengal2dan dahi dah panas dedar2...
ini baru lepas minum panadol soluble...lega sikit
tahun ini,raya taj tak meriah makan cam dulu2, tekak dah takdo selera dah... tengok jer ler...
lupa lak "Selamat Hari Raya..."
Dear Taj.
Eh dah start kerja? Cepatnya cuti? Taj balik mana? Kampung sendiri ka, kampung abang? Anak-anak sihat? Regards to your family!
Catat Ulasan