Sabtu, September 26, 2009

Raya di Mekah Final Part

(moped yang ikat kat wayar letrik...kelas...nasib baik sini tak hujan!)

(since aku pergi siang, lampu lip-lap tak nampak)

(masih ada penghuni tu...AC masih tetap ada! Ala-ala AC disini!)

(mural lukisan Van Gogh yang hilang dari Louvre!)

(pandangan sisi ala-ala Bukit Antarabangsa)

Ni lah part yang aku paling sedih dalam dunia bila nak cerita apa-apa pun buat kali terakhir..tsk...tsk...tsk...bukan pasal apa, tapi sebab aku dah nak balik hotel lepas penat berjalan...aku ulang, penat berjalan...bukan penat beraya! Letih aku nak sampai rumah si Samir ni...mengalahkan aku lawan rugby dengan Royal Infantry Regiment New Zealand kat Padang Utara dalam Cobra 10's dulu tahun 89'....dalam game tu kami kalah dan aku main fullback...(kalah tu dah memang boleh agak dah..). Masa aku lumba lari dengan Sebastian Coe dulu (la ni Sir dan main organiser untuk London Olympics) pun tak teruk macam ni. Nak kata long distance, tak long distance, nak kata sprint pun tak jugak. Nak kata steeple chase pun tak reti aku nak habaq bagi...semua dalam satu!

Dalam perjalanan menuruni lurah dan belukar tu aku terserempak pulak dengan satu "moped". Supaya tak hilang dicuri, depa ikat kat wayar letrik. Nasib baik sini tak hujan. Kalau tak memang sah esok pagi nampak mayat satu dok atas moped tu...memang kelas....tak payah pakai alarm, tak payah pakai chain lock! Kalau berani, angkut....dalam dok berjalan tu jugak aku tengok satu dinding tu penuh mural depa lukis pasal hari raya. Creative sungguh depa ni. Lukisan simple melambangkan ketokohan depa. Kalau kat Paris dah boleh masuk Louvre sebelah menyebelah dengan Mona Lisa, tak pun "The Last Supper!"

Selit pasal Paris ni, aku memang kagum betul dengan ketokohan depa melukis. Padahal location depa cuma kat tepi sungai, tapi lukisan, pergh...kelas...memang hidup. Sama macam kat Phuket jugak. Tangan kiri pegang gambar, tangan kanan lukis terus atas kanvas....samalah dengan kita kat Central Market (dulu Pyan Habib pun ada). Cuma bezanya kita, lukisan ni kurang mendapat sambutan...mungkin kita (termasuk aku sekali) kurang ataupun tak berseni. Aku sebenarnya kagum dengan pelukis-pelukis ni. Ada skill dan bersungguh-sungguh. Macam Allahyarham Datuk Ib! Aku pulak....dari dulu sampai la ni dok lukis orang lidi....aunty gelak mengekek-ngekek tengok aku lukis. Dia cakap tak ada bezanya lukisan aku dengan Marina! Anyway, being a positive person, I took it as a compliment....ARIGATOU.....

Samir laju bawak aku balik. On the way back tu, ada budak Steward pulak jerit nak pergi Jeddah...nasib baik Samir tak angkut budak-budak tu, kalau tak, sampai Jeddah aku petang tu. Kelebihan depa yang ada kereta kat Mekah ni especially budak-budak aku, sebelum balik rumah lepas kerja, depa angkut sekali jemaah pergi Tanaim macam teksi sapu. Satu jam dapat sampai SR100! Patut Samir tak mahu kerja kat tempat lain dah...dia cakaplah mak dia tak bagi lah...auta focus sungguh budak ni. Sampai kat bilik, aku telan panadol sepapan, antibiotics 13 bijik, minum air 2 gelen dan terus tidur!

18 ulasan:

My Life berkata...

salam... best tu dapat berjalan2 mcm uncle kat makkah.. hehheehhehe

olive oyl berkata...

assalamualaikum uncle...

hi uncle..gd morning....hahahaha..lama tak dgr perkataan org lidi.takkan reti lukis org lidi je uncle..hahaha.....

moped tu nmpk mcm motor...haha..pandaikan nak elak dari kena curi..ikat kat wayer ..sapa yg curi..akan kena shock karen.habis rambut jd kerinting hangus....jd afro...

Tanpa Nama berkata...

kira ok dh la tu uncle blh lukih org lidi..
seni gk tu.. saing2 marina.. ahaksss..
tu losyen mstajb pati halia lomoq kt dai dk lg.. ahiksss..

Ahmad Khatuddin berkata...

SALAM



MAAF ZAHIR & BATIN

Selamat Hari Raya
A id il Fitri 1430
Assalamualaikum
buat semua rakan-rakan & sahabat handai ...
Mohon ampun maaf - zahir & batin
kiranya ada kata kata yang sumbang di pendengaran,
tingkah laku yang berbulu aje tatkala mata memandang DAN
e-mail yang tak berbalas
Semoga ALLAH s.w.t merahmati anda sekeluarga .
Terima kasih


Ikhlas daripada

Ahmad Khatuddin Bin Musa



Dan tak lupa juga
saya sertakan Duit & Kueh Raya untuk anda semua.

olive oyl berkata...

tu dia aih uncle. telan panadol sampai sepapan..13 bijik antibiotic.ingat coklat M&M ka uncle.overdos dah ni uncle....

Uncle berkata...

Dear ML.
Memang seronok berjalan. Jauh perjalanan luas pemandangan...bak kata lagu dulu, ..."berjalan malam seorang...berhati-hati..." bla-bla-bla...Uncle dah lupa sapa nyanyi!

Uncle berkata...

Dear Ton.
Kalau tak salah "moped" tu singkatan daripada "motor peddled" ala-ala moto-kayuh gitu....memang famous kat Europe pun...siap pakai full face lagi! Sini sebenarnya depa pakai scooter.

Uncle berkata...

Dear UP.
Cari nak lumoq tapi tak jumpa...dulu masa kecik lumog bedak sejuk mak buat sendiri...sejuk sat muka, rasa macam kat Cambodia!

Uncle berkata...

Dear Din.
Thanks for reading...."Selamat Hari Raya" to you too!

Uncle berkata...

Dear Ton.
Memang overdose habeh. Ni rengkong dok hangat lagi ni. Sehangat Leina!

olive oyl berkata...

uncle mkn betul-betul atau memain ubat-ubat sebyk tu????mcm sukatan utk jin sakit...hehe...
kenapa ye antibiotic kat sana harga mahai benar...
rengkong uncle tu kena mkn icecream supaya sejuk semula....
get well soon uncle......

Uncle berkata...

Dear Ton.

Kalau entry masih ada that means Uncle kira sihat lah tu....hari ni lega sikit. Last dose memang hari ni pon. Apa nak makan satgi pon tak tao....antibiotic memang rhega tu even kat KL. Uncle telan Augmentin 625mg! Sini yang dose kecik tak dak. Macam kereta depa jugak. Semua CC besaq! Heh3...

olive oyl berkata...

assalamualaikum uncle,

uncle makanlah apa apa sebelum telan ubat..Augmentin 625mg ni dos kuat ni..alas dulu perut uncle bg kenyang then baru telan ubat tu k..kalau tak berangin nanti...

td tinton ingat uncle telan sekali gus 13 bijik antibiotics...hehe

Uncle berkata...

Dear Ton.
Uncle dah alas perut dulu sebelum kena antibiotics...tak lah banyak...nasi 3 pinggan, ala...alas perut ja tu...

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

Uncle
scooter tu macam Scooter dilla jek
tapi tu kelabu
dilla nyer merah menyala (hehehehhee)

Uncle berkata...

Dear Dila.

Jangan ikat kat tiang letrik yea...nanti kena karan! Uncle pun teringin nak naik scooter la...tengoklah balik nanti...

Watikah berkata...

Salam Uncle

Read your blogs and it brought back old memories...

Uncle berkata...

Dear Roslawati.
Good that you enjoy my stories...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...