(semua ada AC)
(tu hotel Fairmont yang nak naik)
(rumah samir and the 11 rooms)
(samir ada kambing, kan aku dah cakap!)
(aku dengan farid - pandai buat jus kamaruddin ni..)
(samir dengan adik dia farid yang aku jumpa kat lorong bawah tadi)
(farid pun karat jugak - banyak makan sireh)
(nampak AC kat kanan tu?)
(berapa banyak pintu dah...)
Depa ni kalau jamu makan ka, minum ka, memang tak ingat dunia punya. Masa aku naik kereta aku dah pesan kat Samir yang aku tak nak makan. Samir tanya pasal apa? Aku cakap aku nak langsing macam dia. Dia gelak...nampak gigi karat dia sebab banyak makan sireh! Heh3...Dia sms kat family dia yang aku tak nak makan. Aku faham yang selalunya depa memang besar hati dapat jamu tetamu. Tapi macamana aku nak makan kalau aku tak boleh nak makan? Dah lah tak sihat, buat aku pening kat situ tak kacau? Bukan senang nak usung aku turun tangga yang macam cerita "Indiana Jones - Temple of the Doom" tu. Setakat kuih dan biskut, aku on....Samir bagi aku minum Bepsi yang kami beli masa nak naik tadi. Kena 2 gelas....burp....dia tuang air sejuk kat aku, kena 2 gelas....burp...dia tuang arabic coffee, aku kena 2 cawan...burp...dia tuang pulak teh susu, aku kena 3 gelas, burp...lega! Kembung perut aku.
Kami duduk sambil bersembang pasal perbezaan budaya. Aku tanya Samir apasal dia tak nak kerja luar Mekah? Dia cakap mak dia tak bagi. Kelas......Rata-rata kalau aku tanya kat depa yang duduk kat Mekah ni pasal apa depa tak kerja kat tempat lain? Depa kata depa senang duduk sini. Aku heran...mungkin pasal perbezaan background yang buatkan depa tak nak keluar. Depa in fact tak pernah keluar pun. Aku tanya depa apa depa buat masa free? Samir cakap, lepak, sembang-sembang, bawak kereta, pergi Jeddah...tu saja. Lainnya? Tak dak apa pun...pergh, ni kalau kat Gelugor ni mesti dah culture shock depa ni. Macam-macam aku tanya. Ada sekali aku tanya kalau aku nak sewa rumah boleh tak? Depa kata tak boleh sebab kat situ kawasan family. Bujang tak boleh duduk. Sebab nanti kacau. Aku faham maksud depa. Depa lebih selesa duduk dalam kelompok sendiri dan berkeluarga.
Pada dasarnya, depa ni hidup dengan tak payah pikir masa depan. Kalau nak kahwin, cakap kat mak-bapak yang depa nak kahwin. Then mak-bapak tolong carikan jodoh. Mak-bapak sediakan rumah ataupun bilik kat dalam rumah tu jugak. Makan-minum boleh share adik-beradik. Kerja ala kadar. Isteri memang sahlah tak bekerja. Jadi isteri depa cuma duduk rumah. Tak keluar-keluar rumah pun. Jadi selalunya depa habiskan masa dengan tidur sementara menunggu suami depa balik. Nak pergi kedai tak boleh, nak bawak kereta tak boleh, semua kena tunggu suami depa. Sebab tu aku tak nampak sapa-sapa dok melepak kat luar rumah pun..pergh....memang budaya dan latarbelakang kita berbeza sungguh. Kalau lah kita kat tempat depa dan depa kat tempat kita? Cuba bayangkan....Perbezaan ni aku buat semata-mata untuk penelitian aku sendiri. Jangan salah anggap. Kat mana-mana aku pergi pun aku akan buat kaji selidik macam ni sebabnya aku suka belajar tentang masyarakat setempat. Dulu masa kecik-kecik aku selalu dapat 100% dalam Kajian Tempatan masa darjah 4. Masuk darjah 5 Cikgu Ng cakap Kajian Tempatan tak masuk dalam Penilaian Darjah 5 tahun 1980.....kalau tak aku dah dapat 6A tahun tu! Heh3...
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
22 ulasan:
malangnya nasib kambing samir, berhari raya kat celah bangunan yg sempit...
byknya uncle minum....hehe...
Dear Olive Oyl
Macam tulah nasib kalau dah jadi kambin....kalau tak mandi pun orang tuduh..kesian...memang Uncle kembong ayaq ni...
tadi lupa bg salam kat uncle ..assalamualaikum uncle,
uncle,muka kambing kat sana mcm nak sama dgn muka kambing kat sini..
tp kenapa muka safi tak sama dgn muka lembu?
Dear Ton.
Macamanalah muka safi nak sama dengan lembu? Safi tu pelembab muka ataupun syampu....lembu tu lembu lah...tak sama pon...heh3...
salam Uncle.....
jauh perjalanan uncle raya tahun ni (hehehhehe) syok tak makan kuih raya? mesti tak sama ngan kuih kat malaysia kan
seronok bila duk kat tempat urg ni kita dapat mengenali budaya masyarakat urg lain uncle
satu pengalaman yang sangat berharga:-)
dear uncle,
hahahaha.uncle buat lawak antarabangsa....zaiton terlupa yg ada product kecantikan muka nama safi...hahaha..pandai uncle..pintar pintar...
Dear Dila.
Pengalaman-pengalaman yang macam nilah yang orang lain tak dapat. Uncle suka cari benda lain dan tengok dari perspektif berbeza dan bukannya stereotype....cari kat buku pun tak jumpa ni. Dan kalau Dila perasan, Uncle jarang sentuh bab2 lain selain dari kehidupan harian sebab topik2 lain ramai sangat orang dah cerita....."look from a different angle!"
Dear Ton.
Ton mesti dah biasa tengok boria. Tukang karut dia selalu ada saja jawapan nak bagi dan hujung ayat mesti sama "syllable" dan "ryhme". Uncle suka macam tu sebab sangat selamba dan jawapan spontan. Macam Piee dengan Maidin! Hheh3...
uncle..hanya sesetengah org ja yg leh buat jawapan spoantan..orgnya adalah uncle....
syokla jumpa rakan sekapai...
uncle ni mcm ada pengalaman berboria ja..hahaha..pakai baju sama warna pakai tarbus.seluar biru baju merah...pegang tongkoi kayu..pastu nyanyi..aci aci buka pintu..nana blk pukui satu...hahaha
eh lani ada lagi ka boria??
ton pun suka maidin dgn pie..lawak depa ada class.....hehehe
Dear Ton.
La ni dah takdak kot...tak famous macam time Nasir dulu....dia la ni pi nyanyi kat Lounge..heh3...Dulu ada Kampong Kastam, Sungai Pinang dll. Seronok tengok depa pasai tak pernahnya pakai skrip!
uncle ..ton dah jumpa ton dah jumpa,...jenuh ton cari ...at last ton dah baca entry percintaan uncle dan aunty..pertemuan tanpa dirancang di concert zainal abidin di Bunkamura,Tokyo tahun 1992...
romantik nya kisah pertemuan ni uncle.....babak paling romantik ..time uncle lari mendapatkan aunty..huhhhhh..i tell u...mcm dalam filem.....
Dear Ton@Zaiton@Olive
Oooo dah jumpa yea! Lama dah cerita tu...Uncle suka tuleh, jadi anak-cucu nanti buleh baca cerita Tok depa...heh3...ni tengah dok cari sponsar la ni....Mungkin Mamat Khalid kena dengan idea Uncle kot...heh3...
Dear Uncle,
Raya sakan nampaknyer!!
Dear KN.
Sorry lambat jawab, terlajak entry dah jauh! Memang beraya sakan hari tu...hari tu je lah KN ooiii...
utk buat filem...watak aunty boleh ambik irma hasmie ...watak uncle...mmm....kita nk ambik saper yer....
Dear Ton.
Part watak Uncle tu ingat Imuda buleh kot....tak pun Richard Gere ka Tom Hanks ka Tom Cruise ka tak pon Tom Pell!
baik ambik bread pitt...hahaha..
haha
Heh3.....buleh jugak...good idea! Abang Brad Pit ada kat KL kerja polis la ni...Rabuan Pit!
hahahaha..mujur tak rabun pitt....back ground lagu utk filem tu kita ambik lagu air supply..baru romantik uncle..betoi tau muka aunty iras iras irma hasmie..cantik sungguh wife uncle ni...mcm model..
Dear Ton.
Rabuan Pit tu Malaysian former sprinter for 100m dash who won the Asian Games in Delhi back in the 80's....mengalahkan Thai famous sprinters such as Anat Ratanapol and Suchart Jaesuraparp!
Btw, Uncle masa kecik2 dulu pon model jugak...iklan Dutch Lady (perasan!) Heh3...
masa dulu dulu iklan dutch lady ni bkn trademark dia membesar sebagai johan kan uncle..patutlah uncle dah jd johan sekarang ni.....
Memang besar bagai Johan...tapi Johan dari belakang! Masa sekolah menengah dulu memanjang dapat nombor 5 dari belakang! Heh3...Besar Bagai Johan!
Catat Ulasan