Jumaat, September 11, 2009

20th Day Posa

(orang nak pergi masjid)

(tunggu bukak posa)

(cuba teka, imam Haram mana satu?)

(tokay kedai kopi)

(santorian lagi...)

(coq kodoq aku..)

Dah nak masuk minggu ke 3 ni posa. Biar betul... aku sendiri macam tak percaya, apasallah cepat sangat masa berlalu...Cuma yang aku perasan sebab aku lari dah rasa tak jejak tanah. Macam Hantu Raya pun ada ni...Hari ni pun banyak arrival lagi. Semalam lagi sekali aku marathon sampai 5 pagi. Meriah suasana dikeheningan pagi Ramadan ni. Sambil dok bercakap dengan VIP sambil dok menguap. Dia tanya, "Hang tak tidoq ka?" Aku jawab, "bertugas untuk negara.."Dalam pada tu mata dok kelip-kelip! Kelas...

Malam ni memang "serangan halilintar", atas bawah, depan belakang aku kena serang tadi. Tapi yang bestnya, jemaah keluar cepat sebab nak berkejar ke masjid untuk Isyak, Terawikh dan tahajjud. Chief Penyamun Tarbus cakap, malam ni bacaan akan bertambah panjang sebab depa nak habiskan Quran dalam masa 10 hari! Alhamdulillah pada yang mampu mengikut tapi bagi aku, memang tak sempatlah lagi jawabnya sebab nanti aku akan kena serang hendap balik. Dan sahur aku akan start dari pukul 1 sampailah azan subuh. 10 hari terakhir ni, semuanya kami packagekan sekali. Termasuklah Iftar dan Sahur!

Apalah family aku dok buat kat rumah ni..tadi aunty sms aku cakap dia beli satay untuk bukak posa. Alamak, abang mesti happy ni. Macam aku dok makan kat Padang Broom masa kecik-kecik dulu. Selalunya mama beli sebab aku dapat nombor satu dalam sukan ataupun dapat nombor 2 dalam periksa...seronok betul kalau ingtakan balik. Sekarang ni bila dahh beruban, aku terfikir pulak, bilalah nak hitam balik rambut dengan janggut sejemput aku ni? Macam tulah kita ni manusia. Tak pernah bersyukur!

Tadi aku dapat call dari orang kuat kita kat Saudi. Dia cakap, "shahrir, VIP bagi barang kat hang 10 kilo, hang jampi apa kat dia?" Aku tergamam. Marina pun tak sampai 10 kilo. Barang apa tu sampai 10 kilo? Dia kata hang tunggu sajalah 2 hari lagi...siap tulis nama hang kat kotak tu! pergh...biar betul ni...ok, aku nak sembahyang Isyak yang terlepas tadi sebab jemaah ramai datang makan. Dah terlepas lama dah ni..."Selamat Berpuasa" Oh ya...baju tu aku tak nak tunjuk lagi sebab nak bagi suspense...."Jangan Kau Rayu..." buat gaya Rahim Maarof!

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

klu coq kodok uncle cmtu, sy pn nk sepinggan.. ahiksss..
ye la kn uncle.. sedaq xsdaq dh msuk mgu ke-3.. tgl semgu ja lg.. lps tu thun dpn la plk.. tu pn xtau kita sempat ka dak dh..
gmak nya pa la pak arab tu bg kt uncle ek smpai 10 kilo..
lg satu.. xsbaq nk tgk bju raya morocco+ksut kunin aladdin uncle tu.. tobat cntikk.. ahiksss..
nk kena pesan gk la lgu ni kt org pompuan sy.. kui3..

Uncle berkata...

Baju tu dah ada dah. Pasang Siap! Yang 10kg tu bukan dari Arab tapi dari KL...VIP kasi...heh3...jangan hantaq merechon sudah...mao Uncle kena one way ticket! Heh3...Suruh dia beli kalau dia pi Casablanca....CUN tu....

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

Kelas coq kodok uncle...bertaraf dunia!!

yg 10kilo tu depa hantar lemang & ketupat kot...hahaha...

kucingorengemok berkata...

10 kilo? dia kirim yuya kot, bungkus masuk kotak? dia tau uncle rindu, hehe...

Yattisa Roslan berkata...

Uncle beraya di Mekah ka tahun ni... xpa no jangan dok sedih2 nanti pagi raya pastikan ambik gambaq pakai baju Morrocco tu dan letak di blog ni... saya akan mai tengok gak walau kat kampung saya maxis broadband dapat gprs aje..

Uncle berkata...

Rasanta depa hantaq kabaid dengan tiang takraw yang besi tu buat meriam! Heh3...Lupa pulak, sumbu sekali...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Ni baru nak azan subuh ni...dan tunggang 12 liter air! Heh3...

Uncle berkata...

Buat kali kedua, Uncle beraya kat Mekah lagi tahun ni. Macam ni lah penyu dok menangis selalu...tapi komen dari pembaca bloglah yang menguatkan semangat Uncle untuk beribadah melalui pekerjaan bagi orang makan ni...actually sebelum ni pun macam tu jugak...keep on reading and send more comments. Thanks to you and regards to your family!

pinatbate berkata...

uncle..
terharu tengok cucoq Uncle tu..mencabar sungguh!
murah rezeki 10 kg tu..belacan penang kot...kwangkwangkwang!

Uncle berkata...

Memang patut terharu pun..heh3...tak pun lempok durian! Heh3...kita tunggu nanti yea...

Nafastari berkata...

I like the pic "tunggu nak buka puasa" tu..

Uncle berkata...

Classic tu...

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

tu dia cokkodoq uncle..kelasss...thumbs up!!

Uncle berkata...

Heh3....nanti Uncle tunjok choq keria pulak, amacam?

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...