(dah macam cerita DRACULA lakunan Christoper Lee pun ada!)
(special class...memang kelas...)
(shawarma ayam)
(campuran pelbagai. Ada lemon, ada sprite, ada mint)
Hari ni dalam sejarah. Siaran daripada RTM 1. Sebab apa aku kata HIDS? Sebab barang aku yang 10 kilo tu sampai. Hangpa tengoklah macamana barang aku sampai. Macamana boleh jadi macam ni? Ada guest aku tanya kalau2 aku nak apa-apa dari KL. Aku tak mau apa, aku cakap sebab tak nak menyusahkan sapa-sapa. Guesat aku yang ini memang yang paling baik dalam dunia. Dia tanya kalau-kalau aku teringin nak makan apa-apa. Aku cakap kalau dapat ikan talang satu peket kecik dari GIANT pun cukuplah...Hasilnya, satu kotak besar sampai dengan macam-macam makanan...alhamdulillah. Terimakasih banyak-banyak. Besar erti makanan-makanan tu!
Seperti yang aku selalu dok cerita, masa kecik-kecik dulu, arwah bapak dan mama serta KA selalu bawak aku pergi makan kat Bilal Restaurant kat stesyen bas lama Seremban bila melawat aku kat sekolah. Seronoknya....kemudian bila aku dah pergi jauh, sekali-sekala aku ada jugak mintak makanan. Tapi taklah selalu...dalam setahun 2 kali adalah..KA yang akan hantar.
Then masa time-time Romeo and Juliet dulupun aunty ada hantar aku barang-barang daripada Jepun. Tu lah barang yang paling best in the world pernah aku dapat sebab datangnya dari aunty walaupun dia hantar cuma key chain dari Kamikura! Heh3....tengah hangat bercinta masa tu...memang hangat pun sampai sekarang..."Terhangat Di Pasaran".....
Tengoklah tu, barang aku naik kapalterbang...aku nak naik kapalterbang dulu pun tak pernahnya ada duit. Since KA adalah salah sorang penduduk awal kat SJ tahun 82 dulu, aku selalu tengok kapalterbang dari Subang airport kat atas kepala aku. Satu hari sampai berpuluh-puluh kali dia lalu atas kepala aku. Aku heran betul....apasal atas kepala aku je dia lalu? Atas kepala orang lain kenapa tak nak lalu? Ish....bila aku mengelak ke kiri, dia ikut...bila aku mengelak ke kanan, dia mengikut lagi...ada sorang cousin aku ni pulak, dia terbalik...masa kecik-kecik tak berapa pandai sebab dia ni kategori "late bloomers" tapi bila besar, masyallah...terlebih pandailah pulak! Sama baya dengan aku. Sekarang dah jadi pemandu kapalterbang lepas dapat CPL dari Australia. Dulu dia ada cakap yang dia sedih...belajar rajin-rajin tapi jadi drebar....aku cakap, takpalah...kau jadi drebar pun bukannya pergi Chow Kit....kau pergi Armsterdam...Honolulu...dia sengih sambil guling-guling atas jalanraya kat tepi masjid kat Taman Uda, Alor Setar tu! Heh3...aku kesian tengok dia guling-guling sorang atas jalan...so aku pun guling-guling sekali dengan dia! Heh3..."Selamat Berpuasa!"
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Ahad, September 13, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
12 ulasan:
uncle..
lawa kasut kuning ang..ang..
saya suka syawarma daging!
tangan kanan suap syawarma,tangan kiri tonggang botol cocacola..syedapp!
Lawa kan.... Uncle pun suka tapi lepas 2 tahun, tengokpun dah tak boleh lagi dah...
uncle... huhu... air hijau... look delicious
CT PAYUNG
Assallamualaikum testing
Memang sedap air tu. Depa kat sini cukup suka. Uncle panggil air colgate sebab pudina dia kuat sangat! Esok pagi tak payah gosok gigi...bila senyum keluaq bunga!
Dear Mak Aji.
Roger2!
Pak Aji!
Alamak, Keychain Kamakura tu I dah lupa! You mesti cakap "Dah tua lah, tu.."
Baju & Kasut morocco memang cantique!Kalau Yuya tengok, mesti nak pakai kasut tu.
Ala...selalu pun budak2 yang pakai. My shaver, abang pakai...my MP3, abang pakai...my TShirt, abang pakai...my socks, Yuya pakai...yang tak pakai lagi cuma Marina....tak da apa yang dia boleh pakai. Heh3...
To aunty W, I love you! *wink-wink*
Dear Uncle,
wow! dah testing baju raya...kuningnya kasut.
Heh3...macam kecik-kecik dulu lah...tak boleh tidur!
salam uncle
suka aa tengor air dalam balang kalor ijou tuh
macam air KATIRA jek rupa, mesti sedap
Kuih kodok sana rupa ghitew erk
Uptodate punya kodok
naper tak macam kuih kodok kita kat sini uncle? advanced betul lah kan
** uncle
kalau nak buat scrap tu senang jer
ada software boleh buat terus
dilla boleh tulun uncle buatkan
email photog family yang terang sikit
nanti dilla carikan Layoutnya:-)
Actually macam2 kaler ada. Hai tinggal 5 hari je ni lan...cepat betul! Banyak lagi kuih-muih tradisi Malaysia yang Uncle dah buat. Nanti Uncle masukkan, ok!
Gambar family? Nanti pelan2 Uncle cari...thanks!
Catat Ulasan