Isnin, Oktober 27, 2008

Books and more books...





2 hari lepas, aku pergi Jarir Bookstore lagi. Dapatkan satu lagi buku untuk dibaca. Aku dah habis baca "Kite Runner" dalam masa 5 hari. Aku ni kalau dah suka sangat dengan cerita dia, memang bangun tidur, sebelum tidur dan all the time akan baca buku tu. Khalid Hoseini, alamak...memang power la cerita dia. Bacalah review dari NY post dan lain-lain pasal dia. Cerita dia semua very simple plot. True stories of what actually happened in Kabul dan tu yang buat aku terkebil-kebil mata dok baca. Lampu kat katil aku dah 3 kali Azli tukar sebab nak bagi terang! Oh yes....again I changed the room layout. Dah boring after only 2 weeks!

This is the new book which I just bought 2 days ago. Tajuk dia "A thousand Splendid Suns" pun masih berlatar belakangkan Afghanistan. Another beautiful plot. Review kata this is better than "Kite Runner". Let's see, tunggu aku baca dulu. Semalam aku dah baca 3 chapter. Mmmmm memang best. Tak sabar nak habiskan..

Yang lain-lain tu buku-buku yang aku dah habiskan selama kat sini. Eh ada masa ka nak baca buku tu semua? Untuk baca buku, aku selalu cuba curi masa. Kalau tak, alamak, rasa macam tak comlete lah...Anyway, memang dari dulu aku suka baca. Habis buku-buku Enid Blyton kat library aku baca, kadang-kadang aku ulang balik baca. Even sekarang pun kalau kat KL aku ambil buku "Famous Five" abang dan baca. Teringat masa kecik-kecik dulu beli kat Jaya Supermarket kat seksyen 14 di PJ dan satu lagi kedai buku kat Melaka. Famous gila kedai tu nama dia "Abas Bandung". Tak tahulah ada lagi ke tak kedai tu?

Tiada ulasan:

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...