Khamis, Oktober 23, 2008

Breakfast / almari baju


Lately ni bila dia datang angin nak makan croissant, tiap-tiap pagi aku nak makan croissant. Bukan makan dengan apa pun, cuma cicah dgn kopi ja. Since oven aku baru siap, apalagi memang sedaplah rasa dan bau dia yang memang menyelerakan tu. Pagi-pagi kalau bau croissant yang tengah bake tu....pergh....nasi lemak pun aku boleh cancel. Jadi, dah 2 hari berturut-turut aku makan roti yang macam rupa ketam tu. Amboi rasa macam duduk kat France la pulak masa dok makan tu! Teringat masa time student dulu pagi raya share roti tu dengan si Farid (mana pi budak tu la ni) then sekali lagi aku share dengan Ice, Ocha, Ley, dll masa kat Cafe de la Paix (posting lama) yang dekat dengan Lafayette tu kalau tak silap aku....dan buat pengetahuan anda semua, kalau makan roti, cicah dengan kopi janganlah pulak malu yea....because it is acceptable in Europe especially in France and Switzerland. Don't worry. In fact in Suisse it is also acceptable kalau cicah roti dengan sup yang kita makan. Be it mushroom soup atau apa-apa soup. Mungkin depa ikut kita kot.....kita cicah roti benggali dengan sup kambing. Heh3X....

Semalam aku tak tahu apa nak buat, so lepas baca buku "Kite Runner" tu aku pun peganglah kamera. Apa nak ambik ni? Apa nak tangkap ni? Pusing aje kat belakang ternampak almari baju aku yang aku baru lepas susun. Ala...almari baju pun almari baju lah...hentamlah labu....tapi tu bukan aku nak tunjuk baju, tapi aku nak ambil gambar basket kat bawah tu....tak payah lah cerita kat mana aku rembat benda tu....

Tiada ulasan:

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...