Ahad, Oktober 26, 2008

Training lagi





Kesian budak-budak aku. Tak pernah depa ada intensive training yang macam ni sepanjang depa kerja kat Mekah. So bila aku buat training on product knowledge dan standard set up semuanya very eager dan interested untuk belajar. Banyak bahasa aku kena pakai. Arab, Melayu, Inggeris, Bangladesh, Urdu dan French. Terbelit lidah aku, barulah depa faham apa yang aku nak. So biasanya kalau kat KL ambil masa cuma 15 minit, tapi kat sini sampai 11/2 jam baru habis. Tulah yang seronoknya kalau kat sini. Dalam pada tu semua bahasa aku sempat belajar!

Gambar-gambar ni semua aku ambil kat "garde manger" ataupun "cold kitchen" aku yang selalu prepare all the cold items such as salad, sandwiches, cold terines, fruit basket untuk bilik dsbnya. Chef Adil dari Morocco dan Chef Tariq pun aku usung sama untuk bagi penerangan macamana depa masak so that TM aku tahu macamana preparation makanan tu semua. Kalau tidak budak-budak tu cuma tahu serve je tapi tak tahu itu semua apa benda. Bagi aku ini semua knowledge dan tak patut disimpan. Semua ni harus dikongsi bersama untuk kebaikan semua. Aku pun selalu pesan kat anak-anak aku apabila depa tahu satu-satu benda tu, jangan lokek untuk mengajar orang lain. Kalau tak, knowledge tu akan berkarat dan kita pun akan lupa.

Esok aku ada lagi training session yang serupa dan semua ni adalah ongoing process dan tak boleh berhenti sekerat jalan.

Tiada ulasan:

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...