Khamis, Oktober 09, 2008

Survival Kit / Rajin-Rajinlah Membaca




Mana-mana saja aku pergi aku takkan lupa dengan survival kit aku. Dulu masa pergi Jepun, Mama heran dengan aku sebab apa pergi Giant Taman Dagang dan borong sakan makanan plastik tu? Then ada sekali tu aku pergi Shanghai dengan Hamidi (currently dia dah jadi Director of Convention for Persada Johor). I know that in China it is quite difficult for me to get halal food. So aku pun bawaklah a few packets of Brahim ni pi sana. I can eat in the restaurant, no doubt, tapi kena pikir jugak samada ok ke tak..so satu malam tu lepas balik dari Yuyuan Garden (ala...macam kat Jonker's Street je, tapi meriah la lagi)Hamidi lapar dan nak makan tapi tak tahu apa nak order. Aku pun ajak dia pergi kat "convenient store" yang terletak di sebelah kiri hotel. Aku beli roti sebantal then balik hotel. Hamidi tengok, eh roti je? Aku kata jangan risau, aku ada survival kit. Kalau kat hutan pun boleh hidup lagi nih...then slowly aku keluarkan dari knapsack aku si Brahim tu. Tersengih dia...lega...so dinner malam tu kami makan roti cicah kari ayam Brahim! Peh...memang cun kat tengah-tengah bandaraya Shanghai (Hongchiou precisely).....mana nak cari?

Then masa kat sini, bos aku datang tempohari, dia ada bawak makanan sikit, bila aku tengok, la Brahim lagi? Amboi laku sungguh nama Pak Brahim ni. Sampai kat Mekah ada...so di Hari Raya keempat yang sungguh syahdu, kami pun makanlah rendang Tok Brahim dengan nasi putih. Mmmmmm lega......Bos aku pun senyum panjang....

Aku ni pulak sorang yang suka membaca. Dalam entry aku yang lepas aku ada ceritakan yang pada hari Ahad, habis semua newspaper aku beli. Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Metro Ahad, Kosmo Ahad, Sunday Times dan Sunday Star. Yang tak beli cuma Tamil Nesan dengan Nanyang. Itupun sebab tak faham. Kalau aku tahu memang semua habis aku bedal. Sampai paper Jepun pun aku baca macam Mainichi Shimbun! Memang suka sangat kalau dapat baca. Itu yang aku cuba terapkan kat Abang dan Yuya tapi depa ni memang terbalik kot dengan aku. Sah-sah tak suka baca!

Gambar newspaper tu bukannya apa, paper tu semua aku bawak 3 bulan dulu dari KL. Bila aku boring, aku baca. Bila aku boring lagi, aku baca. Last-last cerita yang sama aku dok baca dah 3 bulan! Termasuklah cerita Fahrin dah boring dengan Linda Onn.....! Heh3X.....

3 ulasan:

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam UNcle...
wah bokak umah uncle nampak jek brahim nih:-)
uncle...alau nak murah beli kat Factory pak brahim nih
boleh dapat diskaun (he3)
factory ni depan ajer nih.......

Uncle
tak dek kuih raya?

Uncle berkata...

Dear Dila.
Factory tu kat depan rumah Dila ke? Ok next trip when I go back to KL insyAllah Uncle akan singgah. Habis satu factory Uncle borong!

Uncle

Ontel berkata...

hehehe.. kelakarnyer uncle baca paper 3 bln lepas.. kalo uncle nak tau, hari nie punya news shah rukh khan dpt datokship dari melaka.. alasan sbb dia byk buat penggambaran kat melaka sampai melaka terkenal... hehehe xtau nak kata apa dah..

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...