Khamis, Oktober 30, 2008

Tidur bola, makan bola...

(Marina letih tengok abang-abang main bola)
(Abang jadi GK)
(Warm up sebelum main)



Minggu lepas anak-anak aku ada game bola lagi. Sekali ni dia orang lawan dengan Japanese school dan main kat One Utama. Wakana bawak dia orang pergi lawan bola. Kali ni dua-dua anak aku main jadi Goalkeeper. Aku rasa ni lah first time abang jadi GK. Kalau Yuya, dia memang nak pun jadi GK. Sampai nangis-nangis suruh aku beli glove. Malangnya glove GK yang murah-murah takde saiz dia, so terpaksalah aku beli Adidas! Adoi....baru 7 tahun dah pakai Adidas..Aku dulu dah 16 baru dapat!

Depa memang suka sangat main bola. So aku pun masukkanlah kat kelab bolasepak kat Pandan so sekarang ni selain daripada main untuk kelab, depa main untuk sekolah jugak. Memang beruntung budak-budak sekarang ni. Aku dulu harap main untuk sekolah saja. Mana ada kelab lagi. Sekarang ni dah berlambak-lambak pulak. Tapi malangnya setakat tu ajelah depa punya pencapaian. Malaysian players kalau kena training atau lawan bola waktu musim raya dah siap keluar paper full page cakap "terpaksa meninggalkan keluarga untuk perlawanan bolasepak di Hari Raya" dengan caption yang sungguh menyayat hati. Macam tahun depan dah takde Raya lagi dah...then player tu pulak akan cakap yang dia sedih nak tinggalkan mak, bapak di pagi Raya....aduh...sedih...aku bukannya sedih apa, cuma sedih dengan attitude players. Depa lupa yang tu ialah tanggungjawab dan sekarang ni dah jadi "professional career". Tu semua untuk masa depan....sampai bila nak main untuk KL saja?

Since anak-anak aku memang gila bola (macam aku dulu at one time sebelum tukar ke rugby), aku sanggup buat apa saja untuk masa depan dia orang. Kalau nak main, main sungguh-sungguh. Be the best among the best. Start from now. Aku bagi target by 16 they have to play for a good club. Be it in Japan (J League) or EPL or Bundesliga. Kalau macam tu, I'll do whatever it takes! Kalau dah 20 masih lagi kat KL, I think they have to excel in studies as well, sebab rasanya tak terjamin masa depan.

Marina pulak, lepas bersorak sakan tengok abang-abang main bola, terus letih dan balik terus tertidur kat atas sofa. Sama macam Yuya dan abang masa umur 2-3 tahun dulu!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Abang jadi GK utk U12 dan main DF utk U10. So hari tu dia main utk 2 category la. Yuya masih takut bola. kalau dia catck bola pun, tak tau sepak ke mana.
He is always very serious to be GK tapi kelakar betul!.

Uncle berkata...

Dear Wakana.
I know that they like football. Thanks for taking good care of them, weekends hantar dan tunggu Abang dan Yuya main bola. You know what? That's why we love you so much.....muah3X...

Shah

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...