Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Isnin, Oktober 27, 2008
Ziarah Part 2
Masa aku pergi ziarah tu selain daripada ziarah kat pasar ikan, aku pun ziarah jugak kat pasar kambing. Punyalah banyak kambing kat sini. Aku ingat senang-senang beribu-ribu ekor tu. Besar dan banyak. Kalau semua ada baca entry aku dulu pasal pasar kambing kat Madinah, hah yang ni pun samalah macam tu. Tapi yang bestnya, tukang sembelih tu semua pakai uniform merah! Mungkin nak bagi kambing tu semua mabuk darah kot. Kambing penuh kat kandang dan tukang-tukang sembelih tu semua pulak penuh kat tepi jalan melambai-lambai panggil orang beli kambing. Memang kat sini kambing tak sempat besar. Baru nak masuk 2 tahun dah kena sembelih. Kalau tak, tua dan keras isinya..patutlah sedap pun...kambing muda!!
Then lepas tu kami pun terus menuju ke Jabal Rahmah. Tempat pertemuan Adam dan Hawa. Sampai ja kat kawasan tu dah terpampang signage besar yang melarang kita dari berdoa, sembahyang dan mengikat ranting-ranting pokok untuk mendapatkan berkat atau pun mengusap-ngusap batu yang ada kat atas Jabal Rahmah tu. Mmmmm satu peringatan yang sangat baik untuk para pelawat sebab kita ni datang dari pelbagai "school of thoughts". Ada Pak Lebai yang ni kata boleh nanti Pak Lebai yang nu kata tak boleh. Aku pulak, cuma ikut apa yang disarankan oleh sign board tadi...dalam gambar tu ada 3 orang kat situ. Dua dah memang kenallah..lagi sorang tu nama dia Abdullah Fatani. Ala...budak Patani yang aku mention dulu tuh....dia la yang jadi Karamjit Singh aku. Bila habih ziarah aku tanya berapa nak bayar? Dia cakap tak payah sebab dia pun suka jugak jalan-jalan....siap ajak kami buat umrah lagi. Amboi, baguih betoi budak Room Service aku ni!
Gambar yang satu lagi ialah nak ke kawasan melontar. Adoi...teringin nak buat haji ni sementara masih sihat. Tapi masa tu lah hotel sibuk pulak. Isyy.....boss, buleh ka?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
4 ulasan:
salam..
uncle, seronok cerita ziarah ni macam ikut sekali berziarah..
letak lah gambar banyak-banyak lagikkk....
salam Uncle....
dah lama tak singgah sini. wah perjalanan arituh tak habis lagi erk...
hehehehe (konpius dah uncle mana satu En Azli mana satu Uncle. Sebab dah macam twins pulak nih
Dear Pinatbate.
Lama tak dengar cerita ye..memang Uncle suka letak gambar banyak-banyak barulah cerita tu jadi real! Nanti Uncle letak banyak lagi ye....
Uncle
Dear Dila.
Pun dah lama tak dengar cerita..ala bukannya susah pun...Uncle yang slim sikit tuh...(kalau Azli baca habislah...). Azli suka masak tapi Uncle suka makan..heh3...
Uncle
Catat Ulasan