(susun elok je, tak macam kat Ampang tuh!)
(dia tanya shark tak nak ke?)
(ada yang kat dalam kotak, janji lantai bersih)
Semalam selepas aku pergi Hudaibiah, aku sempat berhenti sekejap kat marrrket jual ikan. Banyak jenis ikan ada kat situ. Yang bestnya ikan kembong pun dia panggil kembong. Mungkin sebab ramai orang kita yang beli kat situ jadi nama dia pun kembong jugak. Harga lebih kurang serupa kat marrrket Ampang. Ada sekilo SR6 dan ada sekilo SR10 depending on the size. Ramai orang Indonesia dan Phillipine yang dok beli kat situ. Satu yang aku suka kat marrrket dia is it's very clean and odourless. Ikan-ikan semua disusun rapi didalam kotak ataupun diatas meja@pelantar. Tak ada yang mata merah. Semuanya fresh from the red sea. Ada ikan hidup kat dalam akuariom boleh ditangkap dan disiang terus. Ikan kami harga dia SR6. Sekor SR1.50! Eh mahal jugak!!!
Aku beli kembong 4 ekor je. Cukup untuk Azli masak untuk 2 orang makan. Lepas beli ikan, kami beratur untuk siang ikan kat situ. Pergi kaunter lain pulak dan ada orang akan timbang ikan tu. Ikan kembong kami yang 4 ekor tu dia charge SR1 untuk disiang. Then kami ke kaunter sebelah untuk siang ikan. Cepat depa ni buat kerja. A few seconds perut ikan dah terburai. Sama macam kita jugak dia buat. Dia masukkan kat dalam plastik. Azli pergi beli kunyit dan minyak masak siap dengan serai lagi. Amboi....Cik Kiah nak masak apa tu?
(tukang siang ikan yang nampak ganas..)
(Beratur tunggu ikan lepas disiangkan)
Lepas balik hotel, kami pun apa lagi, prepare untuk lunch terus. Aku macam biasa call Room Service suruh hantar nasi putih 2, air mineral 2 untuk lunch pukul 1 nanti. Azli terus goreng ikan, buat itu dan ini. Sibuk betul....Tengah-tengah goreng ikan, azan pulak. Alamak dah masuk waktu sembahyang Jumaat la. Alihkan ikan, tutup api, bukak tingkap luas-luas dan lari terus pergi masjid. Nasib baik sempat lagi walaupun khutbah dah half way through! Pergh kembong punya pasal, sembahyang pun hampir lupa. MasyAllah. So to anak-anak Papa, apa-apapun yang kamu buat, bila masuk waktu sembahyang, tinggalkanlah yang lain-lain tu dan buatlah yang wajib dulu..
So pada hari Jumaat yang syahdu tu, hari yang cukup penuh dengan aktiviti aku. Pagi pergi ziarah, then pergi marrrket, lepas tu balik sembahyang Jumaat, then makan, then Wakana dan family call dari KL, then Asar, then dah masuk maghrib, then baca buku "Kite Runner" sampai habis, Isyak, sambung baca, tengok news TV3 online, hey Malaysia masuk final bola.....tapi dalam group ada Nepal and Sierra Leone? Memang sah Azumi dengan Yuya aku kena carikan team kat J League! Lepas tu pukul 12 aku pun dah tak sedar diri!!! What a weekend!
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Sabtu, Oktober 25, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan