Rabu, Oktober 22, 2008

Buku baru / roti bom



Last Sunday aku ambil replacement day off sebab hari Jumaat tu aku kerja untuk settle kan group yang datang dari Kuwait. Jadi hari Ahad (macam kat KL pulak) tu aku pun pergilah Jarir yang serupa macam MPH Bookstore tu. Naik teksi SR10 tapi taklah jauh mana. So kalau orang Arab kata dia orang kena sembelih kalau naik teksi kat KL, sini pun apa kurangnya, depan Haram lagi...anyway, sampai aje kat bookstore aku dah happy gila sebab buku aku dah lama habis aku baca. Plan nak beli Obama tapi bila tanya, dia kata kena order dulu esok baru sampai. So aku pun carilah buku lain. Belek punya belek, aku terjumpa satu buku bertajuk "Kite Runner". Aku baca sikit, alamak, interesting ni. Aku capai terus settlekan kat cashier counter. Sekarang dah setengah buku tu aku baca! Nanti bila-bila free aku ceritakan sikit apa yang terkandung dalam buku tu. Kisah berkisar tentang nilai persahabatan 2 orang budak dari Afghanistan dan jugak hubungan anak lelaki dan bapa sewaktu membesar. Very touching. Sedar tak sedar, dalam 2 hari lagi habis lah kot...then dapatkan satu lagi.

Gambar yang nombor 2 tu ialah gambar Headwaiter kat Lounge aku yang aku ajak pergi minum teh tarik kat Saji. Dia kena roti bom, pergh kata dia macam duduk kat Dhaka minum teh dengan makan roti tu. Siap tambah lagi roti bom! Sedap sangat la tu...Nama dia Shawkat. Sebelum ni dia kerja kat Le Meridien. Baru 3 bulan kerja dengan aku dah turun 2 kilo berat dia....heh3X....ni semua akibat kena check floor dengan aku la ni!

2 ulasan:

PINATBATE berkata...

salam..
kisah Amir, Hassan dan Baba..hhmmm..ada filem berdasarkan novel ini kan? tapi saya belum tengok lagi..

Uncle berkata...

Yes you are 100% right. Cerita ni dah menang film festival jugak. Very nice and very touching. Should get one. lepas habis ni I'm going to get another one of his...so I guess Obama kena tunggu kejap la kot!

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...