Kami kat sini kesemua pekerja dipanggil Team Member. Reason is very simple. Kita semua bekerja didalam satu team jadi kesemuanya kenalah bekerjasama, rapat antara satu sama lain dan sentiasa tolong menolong. Sebagai contohnya last week ada satu group sebanyak 130 bilik datang dari Kuwait. Yang nak angkat beg tak ramai, jadi aku pun hantar team member aku pergi tolong angkat beg dan begitu jugak Azli dan team member dia. Semua bertungkus-lumus buat kerja. Tu lah semangat berpasukan yang kami cuba tonjolkan kat sini.
Gambar ni ialah sorang TM aku yang tiap-tiap pagi kena hantar "nescafe special" kat aku tu. Kalau aku lambat sebab pergi round floor atau basement stores atau restaurants dia akan tunggu aku kat depan office sebab tak berani nak masuk. Kadang-kadang kalau kopi dah sejuk dia akan buat yang lain. Tak elok yang sejuk kata dia, ataupun takut kena marah. Heh3X...TM ni namanya Jasheem dan datang dari Bangladesh. Background orang susah. Rumah pun buat dari selut@lumpur. Dari sorang nak cari rezeki bantu keluarga. Jasheem rajin tapi cepat panic kalau banyak order. Walaumacamanapun, ni lah kerja aku. tolong mana-mana yang patut, ajar, disiplinkan depa dll. Harapan aku semoga Jasheem dapat hantar duit balik Bangladesh untuk bantu keluarga dia ataupun kalau dia decide nak resign dan pergi hotel lain, aku pasti yang dia akan dapat better position lepas keluar dari sini.
Sorang lagi nama dia Badu. Dia orang Badwi dan memang a local Saudi. Tak cakap banyak sebab kat padang pasir selalu yang ada cuma Jamal (unta la tu!)jadi tak boleh nak cakap dengan Jamal kat sini. Sebab tu masa kerja dia cuma kerja. Kalau kat Malaysia, Jamal semua boleh cakap! Heh3....
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Isnin, Oktober 20, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan