Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Jumaat, Oktober 24, 2008
Hudaibiah
Hari ni aku pergi berziarah ketempat-tempat sejarah yang berhampiran dengan kota Mekah. Aku dijemput jam 8 pagi. Pagi ni macam biasa aku dah terbangun pukul 6 walaupun hari ni aku off. 7.30 pagi aku pergi minum kopi kat mata'am (restaurant). Kena kopi secewen. Sharp 8 pagi Fatani dah tunggu aku kat bawah. Terus kami ke Hudaibiah. Sampai kat masjid, aku sembahyang sunat 2 rakaat dan keluar melihat peninggalan sejarah lama. Tak banyak yang ada cuma tiang-tiang dan dinding binaan lama masih tersergam.Lantai dah berselerak. Dinding habis semuanya diconteng pelawat. Keadaan tempat dan persekitarannya amatlah daif. Sama daifnya dengan pemikiran kita dizaman ini.
Satu lagi tempat yang kami lawati ialah tempat dimana Rasulullah SAW berhenti rehat sebelum masuk ke kota Mekah dan bersebelahan dengan sebuah telaga lama sedalam 20 meter. Takut aku tengok kat dalam tu sebab tak nampak apa tapi ternyata kawasan telaga dia memang besar. Jaalan memang lengang sebab hari Jumaat. Aku tersilap berkira sebab Muzium Kiswah ditutup pada hari Khamis dan Jumaat. Ataupun mungkin sekarang masih low season kot...
Lupa pulak nak cakap masa tengah dok belek nama-nama kat dinding rumah tempat sejarah kat Hudaibiah tu ternampak pulak aku satu nama tercatit kat situ. So kepada empunya nama tu janganlah buat macam tu selalu yea....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
1 ulasan:
Thanks for visiting. I'll definitely visit your too.
Uncle
Catat Ulasan