Isnin, Oktober 06, 2008

Cerita Lama..




Masa kecik-kecik dulu tak pernah aku terpikir nak duduk kat hotel. Arwah Bapak kerja kerajaan dan Mama pulak sorang surirumahtangga sepenuh masa. Adik-beradik aku seramai 6 orang semuanya bersekolah. Berapa sangatlah gaji Bapak masa tu dan macamana Mama nak bahagikan kesemuanya sama-rata? Kesian kat Bapak dan sedih tengok Mama bertungkus-lumus buat semua kerja. 2 Kakak aku kat ITM Shah Alam masa tu. Satu buat Mass Com dan satu lagi buat Hotel Mgmt (that's back in the 70's.) 3 orang abang aku kat sekolah menengah. Aku pulak at that time sekolah rendah dan kerja aku lebih pada main dan perabih duit! Heh3X.....

Masa aku kerja buss-boy kat PJ Hilton tahun 88 dulu, aku selalu serve orang and then at that time aku terpikir pulak ishh... kalau lah orang serve aku, kan ka best? Apa rasa bila orang serve aku? Mesti best ni..Then bila aku jadi Headwaiter tahun 1991 aku terpikir lagi kalaulah aku jadi Manager, mesti banyak gaji aku...peh..best ni dan aku boleh makan apa yang aku nak...syoknya! Lepas tu terpikir lagi, kalaulah aku boleh belajar atau kerja kat "ober see" mesti cun punya. 1992 aku terpilih ke Hilton Japan and subsequently belajar dan bekerja kat Switzerland for a few years di pertengahan tahun 90an. Then terpikir pulak lagi kalau lah aku dapat buat hotel opening mesti bahagia career aku. Tuhan tu maha kaya, dia makbulkan jugak permintaan aku dan dalam ramai-ramai satu dunia ni, aku terpilih untuk buat opening bagi JW Marriott Jakarta yang lepas tu meletup. Tak lengkap kat situ, aku berangan lagi nak pergi experience kat tempat lain, dihantarnya aku ke Hongchiou JW Marriott, Shanghai, China. MasyAllah masih tak cukup lagi ni....kalaulah aku jadi F&B Manager, mmmmm macam-macam aku boleh buat, then 2006 aku jadi F&B Manager. La....dapat lagi....ada satu pagi yang syahdu tu aku teringat, ish....kalau aku dapat pi Saudi buat amal ibadat sikit dan repent pada masa muda ni mestilah bahagia hidup aku. Tup-tup rezeki aku ada kat sini pulak. Last year bukak hotel kat Madinah then this year kat Mekah. Allahuakbar, Allah is great.

Nak pendekkan cerita, ni lah gambar katil untuk aku beradu tiap-tiap malam dan tulah toilet aku! Pasai apa banyak ubat gigi kat situ, aku cerita di lain entry.

4 ulasan:

Leesa Liisa berkata...

best!! tak sabar nak dengar citer selanjutnyer...

Uncle berkata...

Dear Alicia.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. Thanks for following. Memang banyak cerita Uncle dan semuanya kisah benar yang diceritakan dalam bentuk santai supaya senang dibaca dan difahami. Ni baru lepas check breakfast. Nanti Uncle sambung lagi ok..

Uncle

Tanpa Nama berkata...

Hi Abang,
such a well written story and i was laughing and enjoying every details of your jorney.
Just like u telling stories infront of me.Sori sbb tak e mail u n x tanye kabar.

Uncle berkata...

Dear Adik.
Thanks for visiting by chance. My style of writing ni lebih relax dan I suka relatekan daily happenings...of course with pictures too! Keep on reading as I always have tales to tell. Heh3X....

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...