Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Jumaat, Oktober 03, 2008
Family aku beraya!
Pada pagi raya di Saudi yang aku kecoh giler kat hotel sebab guest ramai yang nak breakfast, family aku kat KL masih lagi berpuasa untuk hari terakhir. Malam tu aku talipon Wakana dan keluarga untuk bertanya khabar. Sedih sebab tak dapat beraya dgn keluarga tapi taklah sampai nangeh-nangeh. Sedih jugak sebab tak sempat nak jumpa dengan Mama dan adik-beradik aku yang lain i.e. Kak Anne, Kak Lit, Abang, Wan dan Joey serta keluarga depa semua. Walaumacamana sekalipun aku nak ucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin". Anyway ni bukanlah kali pertama aku tak beraya dengan keluarga. Banyak kali dah pun...dulu masa kat Suisse dulu pun serupa. Aku ingat lagi, pagi raya nak pergi Geneva unutuk sembahyang Raya takde duit then aku dgn roommate pergi minum kopi dengan share croissant kat Cafe tepi lake kat Bouveret. Tengah winter tu pakai baju melayu......peh....memang menusuk tulang sejuk dia!
Dulu masa kecik-kecik, aku dgn keluarga selalu naik Volkswagen balik Alor Setar dari Penang. Masa tu lalu kat ladang getah Harvard kat Sg. Petani. Masa punyalah panjang. Nak pergi AS pun sampai 3-4 jam sebab aku selalu nak kencing dalam perjalanan. Heh 3X...kemudian aku terus ke rumah Tok (yang aku panggil Mak) kat Taman Intan, melawat makcik-makcik dan pakcik-pakcik aku kat Kampung Berjaya, Titi Siam, Taman Uda, Seberang Perak dan banyak lagi. Main bunga api, bakar mercun, kayuh basikal, main tikam-tikam kat kedai Apek kat Taman Intan. Peh.. macam-macam sampai habis duit raya aku! Tapi itu dulu... circa end of 70's.....Tapi tengok lah sekarang ni, anak-anak aku di pagi Raya yang syahdu, dia orang pergi STARBUCKS! Hah, STARBUCKS? Mana ketupat dgn lemang? So kepada keluarga aku yang tersayang, Wakana, Azumi, Yuya dan Marina Ayumi, Papa ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin...sob..sob...tsk...tsk...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
2 ulasan:
Wah unle ni gambar baru dari dia orang erk, menarek! Selamat hari raya buat keluarga uncle jugak:-)
** Rumah di tepi sawah
umah SIL dilla uncle. betul2 tepi sawah. banyak angin (hehehehe)
Wah bestnya rumah tepi sawah. My grandmother dulu pun macam tu jugak. First kat Kuala Kedah then kat Taman Intan tapi sekarang dah takde lagi..(I mean sawah lah..)
Uncle
Catat Ulasan