Isnin, Oktober 20, 2008

Tetamu dari KL





Aku ada tetamu yang datang jauh dari KL. Satu rombongan depa mai. Bulan Ramadhan lepas, aku terjumpa sorang artis kat hotel aku. Baik orangnya. Berbudi bahasa lagi, tak macam cerita pelik-pelik yang selalu kita dengar kat dalam suratkhabar. So masa dia nak balik, dia tanyalah aku dengan azli, kalau dia datang balik atau sedara dia yang datang dalam tempoh terdekat, apa yang kami nak? Aku cakap nak kuih raya dan Azli cakap nak cabai kering, ikan bilis dll. So cerita tu pun habislah....kami tahu yang group tu akan datang dalam minggu ketiga so Azli pun buatlah room arrangement depa.

Kami bagi bilik yang dekat-dekat untuk rombongan tu supaya senang nak tengok-tengok nanti selain daripada tu kami cordon off area depa supaya orang lain tak masuk dan kami arrangekan beberapa meja untuk depa makan nanti. Hmm...settle. Malam tu pukul 11depa sampai.Alhamdulillah check in semuanya cepat dan terus dibawak kebilik. Sampai saja bilik, tak sempat nak duduk lama-lama, semua bergegas pergi buat umrah. Sekali lagi aku panjatkan doa kat Allah, bersyukur sebab depa sempat buat umrah walaupun letih dan aku tengok semuanya dah lesu tapi bila bab umrah, semua jadi segar-bugar.

The next day tu group leader pun panggillah kami pergi bilik dia. Bukak aje pintu bilik, masyAllah berkotak-kotak makanan ada untuk aku dan si Azli. Rendang daging dengan ketupat ada, 100 bijik pulak tu! Petai ada, jering ada, cabai kering ada, ikan bilis ada, rempah babas ada, kuih raya berbakul-bakul pun ada. Tu belum masuk maggi mee lagi. MasyAllah, ni stok 3 bulan nih....baiknya tour leader ni dengan adik dia yang datang dulu....Sampai kena usung pakai troli. Heh3X.....

Balik aje bilik, lepas susun, apalagi, aku pun ambillah gambar as a proof that aku dah terima makanan-makanan tu semua dengan selamat....Azli pulak mulalah gatal tangan, so sekarang ni dia engah goreng tempe dengan ikan bilis then dia masak sambal petai pulak.....aduh habislah aku ni....

To group leader dan adik dia yang sama-sama baik budi pekerti dan lemah-lembut serta bersopan-santun, aku nak ucapkan jutaan terimakasih yang tak terhingga dan semoga Allah sajalah yang mampu membalasnya......

5 ulasan:

Ghazali berkata...

Uncle ;

Banyak tuh bounty ... boleh ler share share ngan orang Yanbu yang akan turun ke Mekah weekend nih yaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

Habislah...Your body becomes "Malaysian body" laa.
Banyaknya dia orang bawak makanan tu! mesti ada orang bawak "ricecooker" jugak. Dulu kita pi Jenda Balik pun ada orang bawak ricecooker. 1night stay pun bawak tu, pi Mekah mestilah everybody bawak!
...Dulu di Jepun pun ada "ricecooker" yg secret, kan?

Uncle berkata...

Dear Ghazaaz.
Memang banyakpun dia orang bawak. Orang berbudi kita berbahasa...rezeki lagi tu namanya..insyAllah kalau ada kesempatan kita jumpa nanti for "tt session"

Uncle

Uncle berkata...

Dear Wakana.
That's why Im taking only "extra virgin olive oil". Quite expensive. The smallest bottle is SR25. Heh3X ricecooker di Jepun tu is our secret! Where was that? Apartment kat Gotanda ke?
Dear please take care of your health..

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle....
dah lama tak singgah sini
waduh rezeki nih....
ibarat kata ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA...alhamdulillah
sekurangkurang Ilang rindu pada makanan Malaysia. Ni kalau Sis wakana ada tentu boleh maak macammacam untuk uncle kan:-)

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...