Rabu, Oktober 08, 2008

Ramadan di Haram






Amacam ramai tak orang the last 10 days of Ramadan hari tu? Katanya nilah yang paling ramai so far. Betul ke tak aku pun tak tahu. Ala...tahun lepas pun orang cakap macam tu kot, maybe next year pun serupa...Anyway gambar tu memang syahdu kalau tengok.

To Kak Teh, ini lah keadaan dia Kak Teh ooii....ramai sungguh. Nak pi Haram pun dekat sejam nak masuk. Kalau nak pi Maghrib, kena pi pukul 4 petang. Kalau tak memang tak sempat sebab dia cordon off the area!

Yang lagi 2 gambar tu, saja ja nak selitkan. Tu gambar aku tengah check "mandi kambing" sebelum bukak posa hari tu. Suka tengok gambar tu sebab Wakana kata aku kurus. Heh3X...orang lain tak cakap pun. Gambar satu lagi tu gambar tangan aku yang photogenic lepas pakai jam yang "pree" tu. 4 hari pakai jam tu tak bukak-bukak. Suka sangat la tu....Last sekali gambar aku kat kedai jam kat bawah hotel. Aku pergi kedai tu bukannya apa, sebab aku nak tanya macam mana nak kecikkan tali dia, aku pun bantai cakap Arab masa Form One dulu (aku belajar Arab 5 tahun masa kat SDAR dulu tapi tak pernah pass, hah..la ni padan muka, kalau ustad PEROH tahu aku kat sini, mati hidup balik dia tak percaya!)....last-last Tok Arab tu cakap Melayu kat aku. La....paham jugak Tok Arab tu! Dia kata dia duduk kat Shah Alam dulu..adus....

Actually sekarang ni aku kat bilik, baru lepas dinner dengan fellow Malaysian aku kat sini, si Azli. Kami makan kari ikan boss aku beli kat Jeddah tadi. Kan aku dah cakap, boss aku memang number one in the world! Kalau tak percaya sila tanya "Perantau Timur Tengah" sebab PTT dah jumpa boss aku tempohari masa PTT buat umrah. Dia pergi Madinah malam ni. Meeting on new opening lagi kat sana. Habihlah....memang tak balik lah aku nanti....

4 ulasan:

Leesa Liisa berkata...

klako le uncle ni..speking arab last2 mamat arab tu slang melayu yer..hikksss....sabo je la...!

Uncle berkata...

Dear Alicia.
Memang ramai kat sini yang cakap Melayu. Mungkin depa keturunan pedagang dulu kot....semalam Uncle ada terjumpa couple Melayu kat sini. Syoknya sembang. Siap Uncle tunjuk tempat makan lagi...

Uncle

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

WAH UNCLE DAH PAKAI JAM BARU ERK...
menawan!

Uncle berkata...

Dila.
Kadang-kadang suka pulak tukar-tukar jam, tapi yang lama tetap dikenang!

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...